Ada 16 Parti Baharu Di Sabah, UMNO Kekal Yakin Berdepan Cabaran – Jamawi



KUALA LUMPUR,  – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar menyifatkan politik di Sabah hari ini seperti ‘air di dalam gelas, gelas tidak pecah dan airnya belum tumpah.
Politik Sabah jelasnya agak unik sejak awal tahun 60-an sehingga sekarang, menjelang Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14), sebanyak 16 buah parti baharu telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Ini termasuklah sebuah parti yang diambil alih oleh bekas pemimpin kanan UMNO sendiri (Datuk Seri Shafie Apdal), iaitu Parti Warisan serta penubuhan Parti Harapan oleh Datuk Lajim Ukin yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi PKR Sabah.
“Namun bagi kita, ini semua adalah gula-gula atau corat-coret menjelang PRU14, kerana saban tahun kita melihat statistik menunjukkan anak muda masih bersama Barisan Nasional (BN) di Sabah.
“Ia merupakan pendekatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang bukan sahaja memberikan peluang dan ruang yang secukupnya kepada anak muda,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas perkembangan terkini politik di Sabah
Tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom, beliau yakin Pergerakan Pemuda, bukan sahaja UMNO malah kompenan BN yang lain akan bekerja keras dalam memperkasa parti dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti khussusnya kepada anak muda di Sabah.
“Kita akan mendekatati golongan anak muda ini dalam memberi penerangan dan maklumat termasuk usaha pihak-pihak pembangkang yang mewar-warkan isu seperti ‘Sabah For Sabahan’, ataupun  Sabah dianaktiritikan kerajaan pusat dapat dijawab dengan baik dan penuh dengan informasi.
“Namun kita tidak boleh menafikan cabaran yang dibawa oleh parti-parti pro-pembangkang khususnya Parti Warisan, namun pendekatan dan usaha berterusan kita dalam memberi maklumat dan membantu rakyat di peringkat akar umbi ialah pendekatan terbaik dalam memenangi jiwa dan sokongan mereka khususnya kepada BN dan UMNO di Sabah,” katanya.-MediaUMNO

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016