3 perkara anda perlu tahu tentang 24 Hour Race Kuala Lumpur 2016

KUALA LUMPUR: Tahukah anda, setiap 24 jam, 3,287 orang di dunia dijual sebagai hamba. Menyedari peri pentingnya isu itu diketengahkan terhadap masyarakat, pada Sabtu 19 Nov ini, anda boleh menyertai individu lain untuk turut sama-sama untuk menyuarakan pendirian mengenai isu 'perhambaan zaman moden' menerusi larian amal, 24 Hour Race Kuala Lumpur 2016. 

3 perkara anda perlu tahu tentang 24 Hour Race Kuala Lumpur 2016




Berikut adalah tiga perkara anda perlu tahu mengenai 24 Hour Race Kuala Lumpur 2016:


1. Bila acara 24 Hour Race dimulakan dan oleh siapa?



24 Hour Race mula dianjurkan pada 2010 di Hong Kong. Kini ia melibatkan negara-negara lain seperti Malaysia, Singapura dan Korea.

Tahun lalu sahaja, lebih 2,000 pelajar dari Hong Kong, Singapura dan Malaysia mengambil bahagian dalam 24 Hour Race di negara masing-masing dalam usaha untuk memerangi perhambaan moden.

Sejak 2010, 24 Hour Race melibatkan lebih 100,000 penyertaan di Hong Kong, Singapura dan Kuala Lumpur dan berjaya mengumpul dana lebih AS$550,000 melalui pelbagai majlis amal dan kempen kesedaran mengenai isu perhambaan moden.

2. Apakah matlamat utama 24 Hour Race?



Inisiatif 24 Hour Race telah dimulakan oleh sekumpulan belia secara global bertujuan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) anti-perhambaan di negara-negara seperti Nepal, Hong Kong, Kemboja, Singapura dan Malaysia.

Matlamat pergerakan berkenaan adalah untuk menghasilkan lebih ramai pemimpin untuk memacu di barisan hadapan bagi menentang perhambaan moden.



3. Bilakah larian 24 Hour Race akan diadakan di Kuala Lumpur?

24 Hour Race Kuala Lumpur 2016 bakal diadakan pada 19 Nov bermula 9 pagi dan akan berakhir 20 Nov, 9 pagi bertempat di IGB International School, Sierramas, Sungai Buloh.

24 Hour Race Kuala Lumpur 2016 bakal diadakan serentak di Hong Kong dan Singapura pada 19 Nov ini. Manakala, larian di Seoul, Korea telah berlangsung pada 12 September lalu di Cheonggye Plaza.

Mereka yang berminat untuk menyokong atau menderma untuk tujuan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016