Ahli Jentera Puteri UMNO Mesti Ada “Winning Mentality” Berdepan Serangan Lawan

KUALA LUMPUR, 17 NOV - Bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU- 14) yang sudah semakin hampir, 'wining mentality' perlu ada di dalam diri dan minda setiap ahli UMNO agar ia boleh menjadi benteng mempertahankan parti dan sekaligus memperlihatkan parti keramat ini adalah yang terbaik berbanding parti pembangkang.

Image result for puteri umno


Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, 'winning mentality' adalah antara faktor yang penting yang perlu bagi ahli UMNO khususnya ahli Puteri.

"Saya melihat perkara ini penting khususnya untuk ahli Puteri kerana ia dapat membantu menolak perasaan mudah mengalah, rendah diri atau mula tidak percaya apabila diprovokasi oleh pelbagao pihak kononnya UMNO sudah semakin tidak relevan.

"Bila ahli Puteri mendekati golongan muda dan ditolak, pemikiran 'winning mentality' inilah yang akan membantu dan membuatkan jentera Puteri berjiwa besar sekaligus berasa bangga menjadi ahli Puteri," ujarnya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online.

Jelas Mas Ermieyati, pembangkang memang sedang berusaha gigih memburukkan kerajaan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN) dan seboleh-bolehnya mahu menggambarkan seolah-olah kerajaan tidak pernah berbuat apa-apa bagi membela nasib rakyat.

"Kerana itu saya sentiasa berpesan kepada jentera Puteri agar menwar-warkan kepada rakyat apa yang telah kerajaan lakukan selama ini. Terlalu banyak perkara yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk semua tanpa mengira umur dan bangsa.

"Kita perlu menggambatkan kepada rakyat bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang mempunyai wadah perjuangan yang sebenar dan menjadi platform bukan sahaja untuk orang Melayu itu sendiri malah semua kaum dalam merentasi kejayaan.

"Bukan kita mahu membandingkan kita lebih baik daripada pembangkang tetapi itulah realiti yang tidak boleh dinafikan sesiapapun," tegasnya.

Justeru, ulas Mas Ermieyati, adalah amat penting untuk jentera Puteri sentiasa berkongsikan kejayaan yang dikecapi negara dan bagaimana negara berada pada tahap hari ini.

"Inilah hasil daripada perjuangan UMNO. Jadi, sekiranya mereka tidak turut sama bersama BN dan UMNO, bagaimana mungkin kita akan dapat meletakkan kejayaan pada hari ini untuk diwarisi oleh generasi akan datang," tambahnya, -MEDIAUMNO

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016