Bulan Disember Penuh Dengan Debaran

CUTI CUTI MALAYSIA : Bulan Disember merupakan bulan yang paling sesak dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang terlebih awal sekaligus dikatakan bahawa bulan ini merupakan bulan yang penuh dengan debaran.

Image result for kalender bulan disember 2016

Hal ini kerana pada bulan ini, hampir semua anak anak muda memilih bulan ini untuk mengakhiri masa bujang mereka sebelum bertukar takhta sebagai suami ataupun isteri kepada pasangan masing masing. 

Setiap pasangan memilih bulan Disember hanya kerana pada bulan inilah setiap ahli keluarga dapat berkumpul bersama dan bulan ini diumpamakan bulan ajaib kerana kebanyakan para 'BigBoss' memberi perlepasan mudah untuk mendapatkan cuti kepada para pekerja.

Malah ada di antara kita yang mendapat jemputan untuk menghadiri beberapa majlis perkahwinan dalam masa satu hari terutama sekali pada pertengahan bulan Disember. 

Selain itu pada bulan inilah anak-anak berharap untuk menghabiskan masa bersama keluarga tidak kira di rumah mahupun di mana mana sahaja pilihan keluarga untuk meluangkan masa bersama.

Ada di antara ibu bapa memilih untuk pulang bercuti ke kampung masing-masing dan ada juga yang mempunyai bajet lebih untuk bercuti ke dalam negara mahupun luar negara. 

Di samping anak anak dapat menghabiskan masa bersama ibu bapa, pihak ibu bapa juga dapat merehatkan minda dan meninggalkan beban kerja di pejabat masing-masing.

Pada masa itu juga, ibu bapa yang berada di kampung juga teruja menanti anak anak mereka untuk pulang ke kampung halaman menemani mereka di sana.

Bulan Disember tinggal beberapa hari sahaja lagi dan sudah pasti inilah masanya ibu bapa melayani kerenah anak anak untuk bersiap sedia kembali ke sekolah.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016