RESOLUSI 2334 Kemenangan Rakyat Palestin - Najib Razak

KUALA LUMPUR, 24 DIS 2016 : Datuk Seri Najib Razak menyifatkan resolusi menentang penempatan haram Israel di bumi Palestin yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebagai kemenangan buat rakyat Palestin yang ditindas.


Perdana Menteri berkata, keputusan itu juga adalah tamparan hebat buat Israel, sekali gus menjadi batu loncatan dalam usaha melihat bumi Palestin aman dan merdeka.

"Alhamdulillah, berkat kekuasaan dan rahmat Allah SWT, meskipun pada mulanya berdepan cabaran apabila Mesir menarik balik cadangan draf resolusi mereka, nasib rakyat Palestin tetap akan dibela.

"Malaysia, bersama tiga lagi negara, New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel mengentikan penempatan haram mereka," katanya dalam entri terbaru di laman sosial rasminya, hari ini.

UNSC semalam meluluskan resolusi berkaitan Konflik Israel-Palestin (Resolusi 2334) yang menggesa supaya Israel menghentikan segera aktiviti penempatan haram rejim itu di Wilayah Palestin yang diusulkan Malaysia, New Zealand, Venezuela dan Senegal.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu bukan saja perlu dilihat dari sudut agama, sebaliknya ia juga menandakan sokongan padu komuniti antarabangsa menentang pelanggaran undang-undang antarabangsa dilakukan rejim Zionis menerusi penempatan haram. -BERNAMA

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016