Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 21 DIS 2016 : Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut dalam dagangan awal hari ini, kata peniaga.

Image result for duit malaysia



Pada 9 pagi ini, ringgit disebut pada 4.4770/4810 berbanding dolar AS daripada penutup 4.4780/4810 semalam.

Mata wang tempatan kini berada pada tahap paling rendah berbanding dolar AS, kebanyakannya disebabkan pengaruh faktor luaran.

Ketua Strategi Pemasaran FXTM, Hussein Sayed, berkata beberapa siri kenaikan kadar faedah pad 2017 akan memperlihatkan pasaran modal daripada ekonomi baharu muncul.

Situasi ini boleh menjejaskan lagi pasaran mata wang baharu muncul termasuk ringgit.

"Dengan hanya sembilan hari berbaki sebelum penutup 2016, pelabur tidak berminat untuk mengambil risiko yang besar sama ada dalam ekuiti, pendapatan tetap atau pertukaran pasaran asing, menunjukkan bahawa jajaran dagangan mungkin kekal sehingga tahun baharu," katanya.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.0946/0978 daripada 3.0928/0970 pada Selasa, tetapi mengukuh berbanding yen kepada 3.7957/7994 daripada 3.7930/7962. BERNAMA

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016