Lee dan PM Najib Akan Saksi Permeterian Perjanjian Dua Hala HSR Hari Ini

SINGAPURA, 13 DIS 2016: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatnya Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyaksikan permeteraian Perjanjian Dua Hala Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-7 hari ini.

Lee dan PM Najib akan saksi permeterian perjanjian dua hala HSR hari ini

Pejabat Perdana Menteri Singapura (PMO) dalam satu kenyataan berkata Lee akan mengunjungi Putrajaya pada Selasa (13 Dis) bagi Pemukiman Pemimpin itu.

Permeteraian Perjanjian Dua Hala itu merupakan kemuncak kepada perbincangan dua hala intensif sejak Pemukiman Pemimpin 2013, dan kedua-dua pihak mencatatkan kemajuan baik sejak permeteraian Memorandum Persefahaman pada Julai 2016, kata kenyataan itu.

Ia juga mencerminkan komitmen kedua-dua kerajaan terhadap projek tersebut yang akan meningkatkan kesalinghubungan, mengukuhkan hubungan ekonomi dan mengeratkan hubungan antara rakyat apabila ia siap kelak.

Perjanjian itu akan dimeterai oleh Menteri Penyelaras Singapura bagi Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Lee akan diiringi isteri beliau serta delegasi pegawai-pegawai kanan yang terdiri antaranya termasuklah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional Teo Chee Hean, Menteri Hal Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Grace Fu.

Pemukiman Pemimpin Tahunan itu adalah plaatform dua hala utama bagi kedua-dua Perdana Menteri untuk merapatkan hubungan dua hala, kata kenyataan itu. -BERNAMA

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016