MRT Fasa Dua Hampir 95 Peratus Siap

PETALING JAYA, 14 DIS 2016 : Ketika fasa pertama Transit Aliran Massa (MRT) akan memulakan perkhidmatannya dari Sungai Buloh ke Semantan Jumaat ini, fasa kedua yang juga terakhir dari Semantan ke Kajang, sudah hampir 95 peratus siap.

MRT fasa dua hampir 95 peratus siap


Pengarah Projek MRT Sungai Buloh-Kajang, Marcus Karakashian berkata ia termasuk semua kerja struktur stesen, sistem rel dan tren.

"Kami jangkakan ujian perjalanan bagi fasa kedua dilakukan seawalnya pada Januari depan sebelum beroperasi pada Julai tahun yang sama," katanya dalam taklimat kepada media di sini Selasa.

Fasa kedua sejauh 30 kilometer itu membabitkan 19 stesen dari Semantan ke Kajang dan ia adalah sebahagian daripada projek MRT berharag RM23 bilion sejauh 51km merangkumi 31 stesen.

Sementara itu, Ketua Bas Pengantara dan Pembangunan Infrastruktur, Rudyanto Azhar berkata 112 bas akan mula beroperasi di 21 laluan dari 12 stesen bagi fasa pertama yang bermula Jumaat ini.

Katanya kekerapam bas itu adalah antara 10 dan 15 minit manakala laluannya direka bagi memenuhi keperluan penduduk dan kawasan komersial dalam lingungan 3km dari sesebuah stesen MRT. -BERNAMA

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016