Kepemergian Ketua Menteri Sarawak

SARAWAK, 12 JAN 2017 : Genap 16 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, yang lebih gemar dikenali sebagai TokNan meninggal dunia pada tengah hari kelmarin. 

adnan

Perkara tersebut telah disahkan oleh Bernama yang menghubungi anak saudara Allahyarham.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut memaklumkan perkara berkenaan menerusi akaun twitternya. Beliau terus pergi ke Sarawak untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

"Jasa Allahyarham kepada Sarawak amat besar, Malaysia kehilangan seorang pemimpin berwibawa. Takziah kepada keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata Perdana Menteri.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, kira-kira pada pukul 1.20 kelmarin, pada hari Rabu.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada satu sidang akhbar di Kuching berkata jenazah Ketua Menteri Sarawak itu telah dibawa dari kediaman peribadinya di Santubong ke Masjid Jamek Sarawak Petra Jaya pada 10.10 pagi tadi dan ramai rakyat sarawak juga seluruh menteri-menteri memberi penghormatan terakhir bermula 11 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada jam 2 suku petang ini. Bendera Kerajaan Negeri Sarawak kemudiannya diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud sebelum diserahkan pula kepada Balu Allahyarham, Puan Sri Jamilah Anu.

Selaku sahabat perjuangan Allahyarham, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Sultan Hassanal Bolkiah juga turut mengiringi beliau sehingga ke Tanah Perkuburan Samariang di Kuching.

Selain itu, diumumkan kelmarin hari bahawa seluruh Negeri Sarawak akan berkabung selama tujuh hari dan bendera akan dikibarkan separuh tiang untuk memperingati kepemergian beliau.

Juga untuk makluman, turut dimaklumkan bahawa Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jantung.

Allahyarham menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb, 2014.

Kejayaan besar buat Barisan Nasional, Allahyarham telah membawa kemenangan besar pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei, tahun lalu.

Seluruh rakyat Sarawak merasai kehilangan beliau terutamanya.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016