YB Mas Ermieyati Memberi Galakan Kepada Kumpulan Super8IPOH

PUTRAJAYA, 12 JAN 2017 : Malaysia digemparkan dengan kisah keberanian sekumpulan sahabat yang memanjat mercu tanda I.P.O.H di Ipoh Perak awal tahun ini telah dikecam hebat oleh rakyat Malaysia. Tetapi tidak bagi Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and indoor

Walau sekumpulan ini dikecam oleh satu Malaysia, tetapi YB Mas Ermieyati memandang isu ini ke arah yang lebih positif dan bersifat keterbukaan.

Malah, beliau mengambil peluang ini untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa sifat keberanian yang ada pada diri adik adik ini bukan calang-calang sifatnya. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan oleh gadis gadis muda seperti mereka.

Beliau berkata dalam laman mukabuku beliau:

"Pagi tadi saya bertemu Farihan Baharudin dan sahabat-sahabat mereka dari Super9ipoh. Mereka merupakan anak jati Perak yang dikecam kerana kisah mereka memanjat papan tanda 'IPOH' viral tidak lama dulu.

Saya teringin berjumpa Farihan dan kawan-kawannya kerana saya dimaklumkan bahawa kami pernah bersama di dalam Program Start In Tioman sewaktu mereka ingin mengambil lesen menyelam anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Malaysia.


Pagi tadi juga mereka berdaftar untuk bersama dengan saya dalam program menyelam dan membersihkan pantai di Bidong Terengganu nanti, anjuran Scubatech.

Apapun sempat saya berpesan kepada mereka, agar menjadikan kes 'panjat' ini sebagai pengajaran. Tak salah kalau ada bakat, asal asal guna pakai bakat dan minat ke saluran yang betul.

Apapun, saya sentiasa membuka ruang dan peluang untuk anak-anak muda ini dan jugga di luar sana untuk turut sama mana-mana sukan Ekstrim yang turut sama boleh melibatkan diri atau mempromosikan Pelancongan Malaysia dengan cara yang betul", kata YB Mas Ermieyati dalam laman mukabuku beliau.

Tindakan beliau ini amat disokong oleh segenap penjuru Malaysia dan merupakan contoh terbaik buat seluruh rakyat Malaysia, dengan tidak memandang sesuatu isu hanya dengan sebelah mata sahaja.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016