Masjid Mampu Perkasa Sektor Pelancongan

ALOR GAJAH, 14 JAN 2017 : Peserta industri pelancongan di negara ini digesa agar turut mempromosikan masjid sebagai sebahagian produk pelancongan.

(gambar beliau merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Masjid Tanah)


Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kementerian itu telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memperomosikan masjid dalam sektor pelancongan.

"Melalui Trip Advisor, antara 10 mercu tanda utama yang mesti dilawati di Malaysia, empat daripadanya ialah masjid, menunjukkan masjid bukan hanya sebagai tempat beribadat tetapi tarikan pelawat menerusi seni binanya," kata Mas Ermieyati kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang ditemui semasa merasmikan tilawah Al-Quran peringkat Parlimen Masjid Tanah berkata semua pihak perlu berfikiran terbuka mengenai fungsi dan peranan masjid.

"Sekarang ini kita perlu buka minda... bukan apabila masuk masjid, oh ini mesti nak suruh masuk islam, bukan begitu.

"Masjid Negara (contohnya) bagaimana mereka mengalu-alukan pelancong dari luar seperti menyediakan jubah kerana kadang-kadang ada antara mereka yang berpakaian tidak sesuai," kata beliau. -BERNAMA

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016