Mas Ermieyati Perjuangkan Isu Penipuan Umrah/Ziarah dengan Serius

15 FEB 2017, SARAWAK - Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin berkata bahawa beliau sentiasa memperjuangkan dan memandang serius terhadap kes penipuan pakej umrah/ziarah semasa perasmian Program Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/Ziarah dan Hak Kepenggunaan Awam di Dewan Masyarakat Kampung Sebat Baru Sematan Sarawak, hari ini.

Image result for mas ermieyati samsudin
-gambar fail


YB Datuk Mas Ermieyati di dalam ucapan beliau sangat memandang serius kejadian penipuan pakej umrah/ziarah ke Mekah yang membabitkan ramai mangsa terutama sekali orang Melayu. Lebih menyentuh hati beliau ialah mereka yang tertipu itu terdiri daripada kalangan orang kampung yang telah sekian lama menabung untuk ke Tanah Suci Mekah. 

Turut dimaklumkan di dalam ucapan beliau ialah peningkatan jumlah peserta umrah/ziarah daripada 80,000 orang tahun 2009 kepada 200,000 orang tahun 2016 yang menunjukkan pertambahan permintaan di kalangan rakyat. Sekaligus turut menimbulkan minat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan menipu. 

Beliau juga bimbang dengan peningkatan jumlah aduan kes  penipuan pakej umrah/ziarah yang telah mencecah 3983 kes yang melibatkan nilai hampir RM24 juta sepertimana yang dilaporkan oleh KPDNKK. 

Atas dasar keperihatinan, beliau sangat berharap dan merayu agar rakyat lebih peka dan tidak terpedaya dengan tawaran pakej umrah/ziarah yang ditawarkan oleh agen-agen atau pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Rakyat perlu bersikap teliti dengan menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej tersebut berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atau tidak. Rakyat juga perlu lebih berhati-hati terhadap pakej yang ditawarkan itu jika nilainya kurang dari RM 4900. 

Salah seorang hadirin yang ditemui, Encik Muhammad Amin, 80 tahun juga seorang Siak di Surau Kg Sabat Baru berpendapat kempen ini sangat bagus dan nasihat YB Datuk Mas Ermieyati sangat bermanfaat kepada penduduk Kg Sabat Baru. Terdapat hampir 90 buah rumah di kampung ini. 

Bersempena PRK Tg Datu yg sedang berlangsung ketika ini, YB Datuk Mas Ermieyati turut merayu hadirin supaya keluar beramai-ramai pada hari mengundi 18 Feb 2017 dan mengundi calon BN, Datuk Amar Hajjah Jamilah Hj Anu.


Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016