Penghargaan Tahniah daripada YB Mas Ermieyati Samsudin

17 FEB 2017, JUMAAT : YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin,Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah Melaka mengucapkan tahniah kepada 2 jenis penghargaan yang berbeza kepada 1 individu dan 1 lagi pergerakan menerusi laman mukabuku beliau hari ini.

Sebagai seorang Timbalan Menteri wanita termuda sekaligus Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Rakan Puteri berpendapat beliau amat berbesar hati dengan kehadiran ramai lagi kalangan wanita yang telah dipilih untuk memegang posisi sebagai pemimpin di dalam sebuah kerjaya.


"Sekalung tahniah kepada Puan Haslina Abd Hamid di atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Selamat menjalankan tugas." katanya dalam laman mukabuku.

Di samping itu, beliau turut berkongsi rasa gembira beliau melalui Poster yang terletak nama beliau padanya. Sebagai anak jati Melaka, sememangnya beliau akan berasa bangga dengan kejayaan cemerlang yang telah diraih oleh anak-anak Negeri Melaka dalam UPKK 2016 tahun lepas.



Negeri Melaka telah berjaya menjadi Negeri yang paling banyak mendapat keputusan 8A di dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2016 sekaligus meraih kedudukan tempat pertama bagi peringkat kebangsaan dengan purata peratus 37.11% (2,596 orang calon) berbanding 30.92% (2,255 orang calon) pada tahun 2015.



Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016