Sokongan Padu Rakyat Terhadap Kepimpinan BN penting Demi Keharmonian - Salleh

KOTA BELUD, 14 FEB 2017 : Sokongan padu rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak penting demi keharmonian dan pembangunan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Image result for salleh keruak
Dr SALLEH: Sokongan padu rakyat terhadap kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib penting demi keharmonian dan pembangunan negara. -Gambar Fail

Beliau berkata BN telah terbukti mampu membawa pembangunan dan menyejahterakan rakyat.

Oleh itu, beliau mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan pemimpin pembangkang yang menabur fitnah terhadap kerajaan BN kerana ketandusan modal politik.

"Rakyat di Sabah mesti bersatu padu menyokong perdana menteri dan juga Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di peringkat kerajaan negeri.

"Ini kerana kerajaan BN (peringkat negeri dan pusat) sentiasa saling menghormati dan bekerjasama dalam mencari jalan penyelesaian kepada apa jua masalah berkaitan dengan pembangunan rakyat," katanya pada majlis bersama pemimpin masyarakat Kota Belud di sini, pada Isnin.

Salleh berkata rakyat perlu mengamalkan konsep 'satu pemimpin' dengan memberi sokongan kepada pemimpim kerajaan, sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri, bagi memudahkan pembangunan dilaksanakan dengan berkesan.

"Jika kita hormat dan beri kerjsama kepada pemimpin kita, inshaAllah kita semua akan selamat dalam mencapai kemajuan bersama," katanya. -BERNAMA

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016