DARI CORETAN PENA KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA : JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK. HENTIKAN!



Saya teringat kembali apabila Norrulhuda Marsidin jurucakap yang mewakili pergerakan Puteri UMNO Malaysia dalam usul sosial pada Perhimpunan Agung UMNO yang lepas telah menyentuh tentang isu ini.

Pada waktu itu, ramai pihak termasuk netizan yang berfikiran sempit telah mengeksploitasikan isu ini. Malahan ada juga yang lebih kejam telah melemparkan pelbagai tohmahan tidak berasas kepada kami yang saya kira amat kejam untuk satu perjuangan yang amat bermakna bagi melindungi kanak kanak yang tidak berdosa.

Hari ini apabila berpeluang berada bersama-sama di dalam Seminar Memerangi Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!!, hati saya bagai disiat-siat setelah mendengar dan menilai fakta-fakta yang dikeluarkan oleh pihak pembentang samada dari dalam dan luar Negara. Ianya Amat Menakutkan!!

Oleh sebab itu, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyokong penuh usaha DS Rosmah Mansor dan semua yang terlibat dalam usaha memulakan Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak , Hentikan!! Juga dengan kehadiran YAB Dato' Sri Mohd Najib Razak Perdana Menteri Malaysia membuktikan pihak kerajaan serius ke arah memerangi isu jenayah seksual kanak-kanak yang sedang berleluasa kerana ia menggugat keselamatan serta hak privasi individu terhadap penjenayah.

Usaha kolaborasi bersama pihak kerajaan, parti politik, pasukan keselamatan, NGO dan sukarelawan dari pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai perlu dijalankan secara proaktif dan bersepadu agar jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini tidak menular ke peringkat yang lebih serius.



Mungkin ada yang mengatakan bahawa kes ini jumlahnya hanya kecil sahaja dan tidak perlu diketengahkan. Harapan saya agar lebih banyak seminar atau aktiviti yang memberikan pendedahan kepada jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini dapat diadakan pada masa hadapan dan akan terus disambut dan dilaksanakan di setiap negeri supaya semua pihak di peringkat akar umbi memahami dan membincangkan berkenaan isu dan cabaran dalam mendepani jenayah seksual kanak-kanak.

Usaha-usaha ini juga boleh kita lakukan bersama tidak hanya meletakkan di atas bahu sesuatu pihak semata-mata untuk melindungi kanak-kanak daripada ancaman penjenayah. Penganjuran seminar ini juga adalah suatu langkah kehadapan dalam penggubalan RUU baharu iaitu Akta Jenayah Kanak-Kanak.

Pergerakan Puteri Umno Malaysia juga turut menginsafi dan Puteri Peduli dengan gejala yang melanda yang semakin menghantui penduduk Malaysia dan untuk ini Pergerakan Puteri Umno Malaysia akan bersama-sama menjalinkan kerjasama dengan NGO untuk menganjurkan satu acara larian amal iaitu Rock Solid Pink walk & run 2017 pada pertengahan tahun ini bagi menyahut kempen memerangi eksploitasi kanak-kanak.

Ayuh setiap pihak yang terlibat dalam memerangi jenayah ini terus membulatkan tekad dengan memikul tanggungjawab secara kolektif agar jenayah ini dapat dibasmi secara total.

Bukit sama di daki,
Lurah sama dituruni,
Jenayah seksual kanak-kanak mesti diperangi,
Ayuh gerakkan satu manifestasi!

Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
13.3.17

Sumber : FB YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Haji Samsudin

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016