Rohaizah - TN50 Beri Peluang Anak Muda Pandang Jauh Ke Depan Bersama Kerajaan


JOHOR BAHRU, 16 Mac – Transformasi Nasional (TN50) memperlihatkan Malaysia bakal dibangunkan pada abad ke 2050 selaras dengan kehendak dan pandangan anak muda tanpa menolak keutamaan yang lain-lain.

TN50 ini merupakan platform anak muda melihat lebih jauh di mana hasrat Perdana Menteri ingin melihat Malaysia pada masa akan datang diterajui oleh pimpinan muda..dan ini merupakan julung kalinya pemimpin Malaysia membuka ruang yang luas kepada anak muda yang bakal menjadi peminpin anak bangsa menjelang 2050, kata Ketua Puteri UMNO Johor, Rohaizah Ahmad.
“Kita ingin merakamkan ucapan tahniah atas inisiatif ini dan melihat suara anak muda didengari dan tidak terkecuali suara wanita muda seperti Puteri. Kita juga melihat dalam soal Pendidikan yang menjadi agenda utama perlu diperkemas dan dilihat mampu mengangkat martabat seseorang itu ke satu tempat yang lebih baik. Ilmu merupakan kekuatan dan menjadi aset utama menjadikan masyarakat lebih maju kehadapan serta bercirikan modal insan.
“Soal pendidikan juga dilihat TN50 bakal mencapai sistem pendidikan antarabangsa. Walaubagaimanapun Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia haruslah sejajar dengan keperluan dan senario politik.
“Faktor ekonomi juga memainkan peranan utama selain kestabilan politik. Anak muda harus diajar dan dilatih untuk memberikan sumbangan dan usaha dalam meningkatkan ekonomi diri dan keluarga. Faktor mengurus selepas keluar daripada universiti dan mencapai alam pekerjaan dan mengurus tadbir segala bentuk pembiayaan dan pengurusan diri perlu dilihat secara serius agar anak muda tidak dibebani dengan hutang dan terpaksa menjadi muflis dalam masa muda,“ katanya.
Beliau turut menekankan dalam soal keagamaan apabila menyentuh soal persiapan sepenuhnya dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang.
“Islam perlu dilihat terbuka dan menerima… Institusi Islam perlu bersiap siaga dan diberikan kekuatan. Kepelbagaian cara diliihat menjadi satu aspek utama dan ianya berlandaskan bagaimana masa hadapan itu disahut dalam konteks Islam itu sendiri serta menjadi landasan utama anak muda.
“Ianya termasuklah dalam bentuk institusi kekeluargaan, kejiranan, sosial dan aspek kehidupan dan penerapan nilai-nilai murni yang akhirnya mampu menyatupadukan semua pihak, golongan bahkan memperkukuhkan perpaduan sesama Islam dan menghormati kaum yang lain,“ katanya.

Oleh : Haziq Nu’man

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

Ulangtahun Ke-15 Tahun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia