Parti Bunga Positif Ke Arah Sokong RUU355?

Parti dalam pakatan pembangkang nampaknya akan berdepan konflik lagi apabila Presiden Parti Bunga, Muhyiddin Yassin dikatakan juga mahu menyokong pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan ke atas Akta 355 melibatkan Mahkamah Syariah yang akan diusulkan PAS di Dewan Rakyat.

Image result for muhyiddin yassin
(Gambar Google)


Sokongan Muhyiddin itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Muhyiddin dalam satu mesyuarat bersama PAS menyatakan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk RUU355.

“Sebenarnya perkara kita bincang dan dia (Muhyiddin) secara prinsipnya bersetuju dengan RUU 355, tidak ada apa-apa masalah. Dalam perbincangan mesyuarat kami, kita sudah ada dan bicarakan isu ini.

“Apa-apa isu yang berbangkit di Dewan Rakyat, dia tidak ada masalah untuk sokong,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam dan dialog politik di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa malam tadi.

Kenyataan Tuan Ibrahim ini sudah dicurigai oleh DAP yang mendakwa ia hanya direka-reka oleh beliau dan Muhyiddin sebenarnya tidak menyokong RUU355 kerana bekerjasama dalam Pakatan Harapan bersama DAP, PKR dan PAN.

Muhyiddin pun masih diam. Tidak berani cakap apa apa lagi mengenai RUU355. Agaknya Muhyiddin takut benar dengan DAP hingga takut untuk melukakan hati kawannya itu (DAP).

Apa pendirian DAP sekarang berkaitan usul RUU355 ?  Lim Kit Siang diminta menyatakan apa pandangan DAP bila parti bunga yang dipimpin oleh sekutu baiknya sekarang iaitu Mahathir mahu sokong RUU355? 

Ketika PPBM dan DAP dilihat sepakat menentang Barisan Nasional (BN) dalam isu isu lain, rupanya rupanya dalam isu RUU355, parti bunga bersama dengan PAS.

Tidak bermesyuarat pun dengan DAP terlebih dahulu sebelum buat keputusan. Inilah pakatan kartun. Mereka buat keputusan yang bukan berpakat pun.

Mahathir mahu tikam belakang DAP apabila berbeza pendirian menyokong pindaan ini?

Mahathir pernah mempersoalkan niat PAS buat himpunan RUU355 di Padang Merbok. Mahathir kata himpunan itu tidak ikhlas. Yang ikhlas pada Mahathir hanya himpunan BERSIH sahaja.

Kini Muhyiddin mahu sokong RUU355, ianya jelas sekali bertentangan dengan pendirian Mahathir mengenai RUU355. "Boboi" pula tidak berani kata apa apa mengenai RUU355.

Kit Siang dan DAP nampaknya akan "all out" tentang dan lawan RUU355. Tetapi parti bunga pula tidak mahu bersama DAP lawan RUU355.

Inilah konflik yang bakal membelenggu Pakatan Harapan, DAP boleh gaduh dengan PAS mengenai RUU355. Tidak mustahil DAP juga akan gaduh dengan parti bunga mengenai RUU355.

Difahamkan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman juga menyokong RUU 355.

DAP sekarang ini masih menuntut Muhyiddin sendiri memberikan penjelasan berkaitan kenyataan Tuan Ibrahim itu adakah itu pendirian beliau atau pendirian PPBM sendiri menyokong pindaan berkenaan.

Inilah sebabnya ahli ahli DAP sudah jadi tidak percaya pada DAP. Mereka keluar parti bila terlalu muak dan benci melihat wayang wayang opera Kit Siang ini.

Di depan bukan main nampak baik dengan Mahathir, tetapi di belakang agenda mereka berlainan. Isu RUU355 ini sudah cukup memperlihatkan bagaimana Mahathir dan Kit Siang bermain opera di depan rakyat.

Tulisan : 
Beruang Biru
BB326, Selasa
14 Mac 2017                        
[9:36 PM, 3/14/2017] K Anis MOTAC: Orang Cina Keluar DAP, Orang Melayu Pula Menyondol Masuk

“Abandon ship”,  itulah istilah paling sesuai dengan keadaan ahli DAP hari ini. Kapal hendak karam masing masing mula hendak terjun ke laut.

Setelah 4 wakil DAP yang ada jawatan di Melaka meninggalkan parti, kemudian 182 pula ahli “hardcore” meninggalkan parti, memang sah parti DAP sedang bermasalah.

Di Sarawak pun ada sudah ramai meninggalkan parti DAP cuma tidak dihebohkan seperti di Melaka.

Jarang berlaku ahli DAP meninggalkan parti kerana yang menyokong DAP selalunya fanatik dan "hardcore".

Apa apa terjadi pun mereka selalunya tidak akan tinggalkan DAP, memadai dengan protes dan tidak undi DAP dan bukannya lucut keahlian DAP.

Maka jika mereka tinggalkan DAP tentu ada sesuatu yang amat besar berlaku.

Yang keluar DAP hari ini sebenarnya bukan sahaja sebab musabab atas kejadian baru sahaja berlaku seperti DAP gugur prinsip dan cium Tun Mahathir, tetapi kemarahan dan kebencian yang terkumpul sejak sekian lama.

Sejak 51 tahun, siapa yang tidak marah. Lepas dia, dia lagi dan lagi. Umno sudah bertukar enam presiden, MCA sembilan presiden, Gerakan pula enam presiden. DAP masih lagi Kit Siang.

Ahli ahli ini keluar kerana dikhianati oleh Lim Kit Siang dan sifat hipokrasi Guan Eng berkenaan rasuah. Parti DAP bolehlah digelar sebagai parti Diktator Anak & Papa (DAP).

DAP atas tindakan Kit Siang telah menyebabkan ahli berprinsipnya tidak lagi menghormati dan mempercayainya. 

Sama dengan tindakan jutaan ahli UMNO tidak menghormati dan mempercayai Mahathir kerana sanggup jatuhkan maruah dan melawan prinsip diri sendiri. 

Kit Siang dan Mahathir jadi begitu kerana kepentingan keluarga dan peribadi, bukan sebab parti. Mereka berdua hanya pedulikan keluarga dan kuasa mereka.

Amat pelik, ketika ahli ahli kaum Cina dalam DAP berkira kira mahu meninggalkan DAP,  ada pula orang Melayu mahu menyokong DAP.

Paling ramai adalah mereka yang menyertai parti Amanah atau pun PAN. Parti PAN adalah "sayap" parti DAP berbaju Melayu Islam.

Walaupun wakil PAN dalam ceramahnya ada membaca Quran dan hadis namun mereka setakat itu sahajalah. Ini kerana, akhirnya DAP hanya pintal telinga Mat Sabu dan PAN akan menjinjing tulang yang diberikan oleh DAP.

Selain itu DAP juga mengkader dengan gaji yang lumayan kepada beberapa orang Melayu liberal dan tiada pegangan agama.

DAP perlukan mereka untuk isu berkaitan Melayu supaya tidaklah terlihat DAP anti Melayu Islam jika isu itu dibawa oleh oleh Melayu sendiri.

DAP juga bijak menggunakan Melayu untuk luluskan RUU kandang babi di Penang. 

DAP juga menggunakan seorang bekas "Ultra Melayu" yang sangat terdesak akibat faktor umur untuk tarik undi Melayu.

Sedang umurnya bertambah, cita citanya masih belum tercapai, maka atas sebab itulah dia menjual semua prinsip politik untuk mendapatkan kuasa kepada anaknya.

Apa yang dulu dia hina sedang cuba dibersihkannya sendiri.

Maka kini DAP sudah ada dua kelompok Melayu bebal untuk dipergunakan.

Satu kelompok dari PAN dan satu lagi sedang diusahakan menyokong DAP hasil dari kerjasama dengan geng bunga.

Jika dahulu hubungan DAP dan PAS atas dasar tahaluf siyasi. Kini hubungan PAN dan DAP umpama bos dan pekerja.

Biarlah Melayu yang menyondol sokong DAP terjun dengan labu labunya. Sesudah dapat undi, DAP akan jadikan mereka hampas sahaja. 

Tulisan : 
Beruang Biru
BB327, Selasa
14 Mac 2017

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016