Isu Had Umur Pekerja Sektor Awam - Haryaty Hamdzah

Image result for haryaty hamdzah

KOTA KINABALU, 11 APRIL 2017 : Antara Orang Muda dan Keperluan pekerja "Senior" :
Isu ini bukan baru. Sebelum ini Kerajaan mendengar dan telahpun melaksanakan berasaskan keperluan. Pada 2001, had umur persaraan telah dinaikan dari 55 tahun ke 56 tahun. Kemudian, dinaikkan dari 56 kepada 58 tahun pada 2008. Sejak 2012, had umur persaraan maksima 60 tahun. 

Sememangnya orang-orang muda mencari peluang dan berhasrat untuk berkhidmat sebagai penjawat awam. Ia lebih stabil dan banyak kelebihannya berbanding pekerja swasta. Manakala, kelompok senior yang professional seperti majistret, pensyarah, doktor dll atau pekerja awam yang masih berdaya upaya boleh diberikan peluang untuk mereka terus bekerja. 

Ini boleh mengatasi kebergantungan kita kepada warga asing disamping pengalaman dan ilmu mereka dapat dimanfaatkan bagi bidang masing-masing. Banyak negara-negara maju mengekalkan orang-orang "senior" dalam sektor awam. Tiada masalah pun! 

Semalam apabila saya membaca berita, kenyataan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia hanya 40% rakyat Malaysia mempunyai kemampuan kewangan yang baik untuk menghadapi tempoh persaraan. Ramai yang masih menampung keperluan anak belajar dan hutang yang masih tinggi pada usia emas. Ini juga merisaukan. Maka saya rasa kita perlu juga melihat akan keperluan kelompok ini. 

Masalahnya sekarang orang muda memerlukan pekerjaan & peluang itu dirasakan tipis terutamanya dalam sektor awam. Kekosongan jawatan sedikit, manakala ribuan menanti bagi satu-satu jawatan. Orang muda terus dibantu dengan SLiM , SKM, PTPTN dll. supaya mereka memiliki pencapaian dan kelayakan tertinggi untuk merubah kehidupan ke arah lebih baik. 

Namun , masih ada yang tidak berjaya. Tidak kurang juga, pekerja-pekerja sektor awam yang berstatus "kontrak" ramai orang muda. Ketidakpastian masa depan kerjaya mereka juga memberi kesan dalam ekosistem pekerjaan dalam sektor awam. 

Beberapa isu seperti Isu skim perjawatan, kenaikan elaun, penyelarasan gaji dll masih belum memuaskan hati penjawat awam. Semua ini menyebabkan orang muda "kurang minat" malah tidak bersetuju untuk menyokong cadangan meningkatkan lagi had umur persaraan. 

Secara peribadi saya bersetuju untuk kerajaan tidak menaikkan lagi had umur persaraan (kekal 60 tahun). Peluang seluasnya perlu diberikan kepada orang muda untuk berkhidmat dalam sektor awam dengan penuh integriti, dedikasi dan cekap. 

Saya juga bersetuju jika orang-orang "senior" yang masih "bernilai" wajar dikekalkan melalui terma kontrak & imbuhan pencen yang diperolehi ataupun terma-terma yang lebih sesuai berpandukan keperluan dan kepentingan organisasi masing-masing. Flexibiliti dan toleransi dalam sektor awam boleh terus diamalkan untuk kita mencapai negara maju dengan keadaan yang sempurna, rakyat terbela, pekerja terpelihara.... 


Pandangan saya,
Haryaty Hamdzah
Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016