Yang Di-Pertuan Agong ke-15 Bakal Menyambung Legasi Canselor UiTM ke-4

Image result for sultan muhammad v


SHAH ALAM : Kerabat diraja yang dinobatkan menjadi Canselor Universiti-Universiti Tempatan bukanlah sesuatu yang baharu. Diketahui umum, bahawa ianya sudah diperkenankan sedari dahulu lagi. 

Tanggal 15 April, pada hari Sabtu ini Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bakal dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-5 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Canselor ke-4 merangkap Yang Di-Pertuan Agong ke-14 yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember lepas.

"Sekalian warga UiTM menjunjung kasih dan merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pemasyhuran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Canselor UiTM" kata Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Hassan Said.

Beliau turut menyatakan bahawa istiadat pemasyhuran akan berlangsung pada Istiadat Konvokesyen ke-86 Universiti di Kampus Induk UiTM Shah Alam. Sekaligus akan menyempurnakan sidang pertama istiadat konvokesyen yang menyaksikan seramai 500 graduan bakal menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Ijazah Sarjana masing-masing.

Malah, pada sidang pertama itu juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Zarinah Anwar bakal dilantik sebagai Pro Canselor UiTM yang baharu.

Dinyatakan juga bahawa keseluruhannya seramai 28, 618 graduan akan menerima penganugerahan pada istiadat konvokesyen pada kali ini di mana daripada jumlah tersebut, seramai 91 graduan akan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana (1, 302), Diploma Lepasan Ijazah (62), Ijazah Sarjana Muda (13, 812), Profesional (59) dan 13, 292 graduan diploma.

Rakan Puteri turut merafakkan sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang juga sebelum ini dikenali sebagai Tengku Muhammad Faris Petra.

Untuk bacaan umum, terdapat ramai lagi Kerabat Diraja yang menerajui Universiti-Universiti Tempatan dan antaranya boleh dirujuk di laman blog ini (sila klik).

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016