Saintis Wanita Muda ini Menerima Surat daripada Najib Razak

LONDON, 3 APRIL 2017 : Saintis muda, Nur Adlyka Annuar, yang mengetuai sepasukan ahli saintis antarabangsa menemui lohong hitam supermasif di sebuah galaksi berdekatan awal tahun ini, menerima surat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nur Adylyka bersama suami, Amirul Adli menunjukkan surat daripada Perdana Menteri Malaysia.


Nur Adlyka, 27, penuntut Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang astronomi di Universiti Durham, menerima surar itu daripada Ketua Eksekutif TalentCorp, Shahreen Shariza Abdul Ghani, pada majlis pertemuan pekerja profesional Malaysia dengan bakal majikan anjuran TalentCorp.

"Datuk Seri Najib mengucapkan tahniah kepada saya dan mengatakan beliau bangga dengan pencapaian saya bukan saja sebagai seorang wanita Malaysia," kata Nur Adlyka yang ditemani suaminya, Amirul Adli Abd Aziz, pelajar PhD bidang biokimia di Universiti Sheffield.

Nur Adlyka yang berasal dari Muar, Johor, berkata sejak berita mengenai kejayaannya tersebar, beliau menerima banyak ucapan tahniah dan juga tawaran pekerjaan dari universiti dan juga jemputan untuk memberi ceramah kepada pelajar lain.

Pasukan diketuai Nur Adlyka menggunakan Teleskop Spektroskopi Nuklear (NuSTAR) Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) untuk mengesan lohong hitam yang biasanya terselindung di sebalik gas dan habuk tebal.

Beliau berkata, penemuan lohong hitam supermasif akan memberi pemahaman mengenai kesannya kepada galaksi yang didudukinya dan galaksi itu terletak 38 juta tahun cahaya berhampiran dengan dunia.

Lohong hitam supermasid diketahui akan memakan objek di sekililingnya. Nur Adlyka yang sedang menghabiskan kajiannya, mula berminat dalam bidang astronomi sejak berusia 13 tahun apabila menonton filem Armageddon dan Apollo 13.

"Sejak itu, saya tahu dan berazam untuk bekerja di dalam bidang ini walaupun ibu dan bapa menasihati saya supaya memilih bidang lain yang lebih mendapat pekerjaan.

"Mereka tidak melarang saya. Saya seorang yang sangat tegas dan penuh berazam untuk mencapai cita-cita saya," katanya yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi, manakala suaminya akan meneruskan pengajian setahun lagi.

Sementara itu, Shareen Shariza berkata, Perdana Menteri yang berada dalam Lembaga Pemegang Amanah Talent Corp sangat prihatin dengan perkembangan pelajar Malaysia di luar negara.

"Apabila kami mendapat berita mengenai pencapaian Nur Adlyka, Perdana Menteri meminta menghantar surat mengiktirafkan kejayaannta," katanya.

Menurutnya, Nur Adlyka berhasrat untuk menyumbang kepada negara melalui sumbangan pendapat dan ideanya kepada Transformasi Nasional (TN50) demi masa depan generasi akan datang. -BERITA HARIAN

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016