TN50 Wanita Muda Buat Julung Kalinya

MASJID TANAH, 01 APRIL 2017 : Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin menghadiri Program 'Town Hall Transformasi Nasional 2050' (TN50) di Kolej Matrikulasi Masjid Tanah Melaka bersama 600 pelajar Institut Pengajian Tinggi yang ada di Melaka.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin berinteraksi bersama peserta pada Program Townhall Transformasi Nasional 2050 bersama Wanita Muda di Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah.
YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin juga Ahli Parlimen Wanita Termuda merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia memulai program dengan menyatakan aspirasi beliau dan saling bertukar aspirasi bersama pelajar-pelajar di samping mendengar bermacam-macam aspirasi yang disuarakan oleh peserta yang keseluruhannya dihadiri oleh golongan wanita muda.

Beliau berkata pelan TN50 ini mampu merealisasikan sasaran lebih 50 peratus tenaga pakar tempatan terdiri daripada wanita dengan pelaksanaan pelbagai aspirasi yang disuarakan generasi muda untuk TN50 seperti peluang pendidikan dan pekerjaan lebih baik, terutama untuk kaum wanita.

"Di Malaysia bilangan wanita sudah melebihi 50 peratus (daripada jumlah rakyat) jadi tidak keterlaluan kita sasar tinggi supaya lebih ramai teknokrat, saintis, ahli ekonomi atau pakar bidang tertentu adalah wanita.

"Sebelum ini kita berjaya lahirkan seorang wanita muda tempatan yang menemui bukti kewujudan lubang hitam, (jika) pakar seperti ini kita mampu lahirkan maka tidak mustahil kita boleh lahirkan lebih ramai pakar lain," katanya kepada pemberita, di sini pada Sabtu.

Beliau juga berkata selain kepakaran untuk Malaysia, pakar yang dilahirkan negara ini boleh dikongsi dengan seluruh dunia bagi membantu pembangunan dan kemajuan di negara lain.

Kejayaan wanita Malaysia yang disebut oleh YB Datuk merujuk kepada Nur Adlyka Ainul Annuar, 27, seorang pelajar ijazah doktor falsafah Astrofizik di Universiti Durham, United Kingdom. Anak kelahiran Muar Johor itu juga merupakan antara sekumpulan pakar astronomi dunia yang berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam supermasif di sebuah galaksi yang terletak kira-kira 38 juta tahun cahaya dari bumi.

YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin juga berkata "Apabila saya melihat keadaan peserta hari ini yang begitu bersemangat melahirkan aspirasi dan harapan TN50 mereka, saya percaya apa yang diharapkan dalam TN50 ini terutama melahirkan tenaga pakar wanita itu mampu jadi kenyataan".

Program yang dihadiri oleh wanita muda pelbagai agama, dan bangsa ini jelas menunjukkan bahawa mereka wanita-wanita muda yang juga para pelajar ini mempunyai matlamat tersendiri demi melihat kejayaan negara yang mereka bakal kecapi pada masa akan datang.




Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016