13 Harga Barangan Terkawal Sempena Gawai

Image result for daging ayam di pasar

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 13 jenis harga barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2017.

Penetapan harga barangan terkawal berkenaan diumumkan oleh Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di sini hari ini, dengan tempoh kuat kuasa selama tujuh hari dari 25 Mei hingga 31 Mei bagi Pesta Kaamatan dan 27 Mei hingga 2 Jun bagi Hari Gawai.

Katanya barangan kawalan berkenaan ialah 
  • Ayam Hidup
  • Ayam Standard 
  • Ayam Super
  • Ayam Tua Hidup
  • Kepak Ayam
  • Telur Ayam Gred A
  • Telur Ayam Gred B
  • Telur Ayam Gred C
  • Daging Kerbau Import (India)
  • Bawang Merah Kecil (India)
  • Bawang Putih (China)
  • Daging Babi (Perut)
  • Daging Babi (Daging dan Lemak)
  • Babi Hidup
Hamzah berkata undang-undang mewajibkan peniaga menjual barangan terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.

"Tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan harga yang ditetapkan. Individu boleh didenda maksimum RM100, 000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga rm50,000 manakala pertubuhan / syarikat, denda maksimum tidak melebihi RM500,000 atau boleh dikompaun sehingga RM250,000.

"Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, individu boleh didenda RM10,000 atau dikenakan kompaun RM5,000 manakala bagi syarikat boleh didenda RM20,000 atau dikenakan kompaun sehingga RM10,000," katanya. -BERNAMA

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016