UMNO Sudah Sebati Dalam Jiwa Orang Sabah, Slogan ‘Ubah Sabah’ Hanya Retorik Politik

LAHAD DATU, 30 Mei – Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Yusuf Apdal menyangkal dakwaan kononnya orang Sabah kini menolak parti UMNO dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu strategi pembangkang dalam usaha mereka menarik sokongan khususnya pengundi di Sabah ini.


Hakikatnya jelas beliau di Sabah ini, UMNO sudah sebati dalam jiwa masyarakat dan orang Sabah dan banyak manfaat serta faedah yang telah dinikmati oleh orang di sini.
“Kita telah menghadapi pilihanraya sebanyak lima kali, kesemuanya kita menang dengan majoriti yang besar.
“Dalam masa kita menang ini, bukan kita menang tanpa buat kerja. Dari mula UMNO wujud di Sabah ini sehingga sekarang, kerja kita tak henti-henti, kita terus bantu orang Sabah khususnya di luar bandar dan mereka-mereka yang perlukan bantuan dari pihak kerajaan dan UMNO khususnya,” ujarnya selepas majlis Penyerahan bantuan #UMNOBantuRakyat Biro Kebajikan UMNO di sini baru-baru ini.
Tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lahad Datu, program seumpama #UMNOBantuRakyat ini merupakan pendekatan UMNO yang sering mendahulukan rakyat serta mengambil berat kebajikan rakyat khususnya orang Sabah.
Pendekatan beginilah jelas beliau, menyebabkan orang Sabah tidak akan lupa pada UMNO sebab banyak perkara seperti pembangunan mahupun masalah rakyat, parti UMNOlah yang menjadi pembela.
“UMNOlah yang menjadi pembela kepada orang Sabah, jadi tidak mungkin orang Sabah akan terpedaya dengan dakyah-dakyah terhadap UMNO di negeri Sabah.
“Kepimpinan parti dan juga negara sudah berada di landasan yang betul untuk kita semua dengan pelbagai rancangan pembangunan yang bermanfaat kepada rakyat.
“Apakah dengan menyertai perjuangan parti pembangkang itu benar-benar boleh membela masa depan anak bangsa kita sedangkan kita sudah maju di bawah kepimpinan Presiden UMNO selaku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman,” tambahnya.
Yusof berkata Silam yang menjadi kubu kuat UMNO dengan keahlian teramai seluruh negara mengekalkan perpaduan demi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya yakin dan percaya selaku Ketua UMNO Bahagian Silam, UMNO masih kukuh dan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak, UMNO dan BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar,” ujarnya lagi. 

Sumber: MediaUMNO

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016