Puteri UMNO Dekati Rakyat Dengan Kempen Puteri Peduli

Image may contain: 7 people, people standing and outdoor


ALOR GAJAH: Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengadakan Kempen Puteri Peduli peringkat Kebangsaan di seluruh Malaysia dengan mengagihkan lebih 20, 000 kit barangan keperluan harian kepada golongan kurang berkemampuan secara berperingkat pada hari semalam.

Pelancaran kit #PuteriPeduli ini dimulakan dengan pelepasan konvoi Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah oleh YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia selaku ADUN Masjid Tanah Melaka.

Malah turut menghadiri pelancaran tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, YB Datuk Seri Abdul Ghaafar Atan; Datuk Setiausaha UMNO Bahagian, Ghafar Misdar; Penyelaras UMNO DUN Machap, Cikgu Raihan Ithnin; Ketua UMNO Cawangan, Encik Anuar Ismail serta kepimpinan DUN Bahagian dan juga wakil ADUN Machap, Mr Sam.

Menurut mukabuku milik YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin, beliau meneruskan konvoi dengan menjelajah bersama Skuad #PuteriPeduli Puteri UMNO Alor Gajah menyusur kawasan-kawasan sekitar Alor Gajah untuk menyerahkan sendiri kit tersebut kepada golongan yang memerlukan.

Pemimpin-pemimpin yang hadir ini turut berkonvoi bersama dengan menaiki pacuan dua roda (motorsikal) di sekitar kawasan yang terlibat. 

Turut dimaklumkan bahawa Kempen ini telah dilakukan serentak di bahagian-bahagian seluruh Malaysia dari Utara sehingga Selatan Malaysia termasuk negeri Sabah di Borneo Malaysia.

Menurut ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pengagihan itu telah melibatkan 191 bahagian pergerakan Puteri UMNO yang disempurnakan oleh Ketua-Ketua bersama Ahli-Ahli Puteri UMNO di bahagian masing-masing.

Beliau juga berkata, kempen ini juga diadakan bertujuan untuk mendekati pengundi serta membantu meringankan beban mereka.

"Pengagihan ini akan diteruskan bukan setakat hari ini sahaja tetapi ia akan dilakukan secara berperingkat kerana melibatkan jumlah penerima yang besar." katanya kepada pemberita selepas Konvoi #PuteriPeduli Parlimen Alor Gajah semalam.

YB Datuk Mas Ermieyati turut memaklumkan bahawa Pelancaran Skuad Puteri Peduli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ini telah berjaya dilancarkan di Dewan Perdana Keramat Mall pada 21 Mei yang lalu dan telah berjaya dilaksanakan pada hari semalam.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat di dalam laman mukabuku milik beliau.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016