Kebajikan Rakyat Agenda Utama UMNO

AYER KEROH : UMNO tidak pernah berhenti dalam berusaha dengan gigih bagi memastikan kebajikan rakyat terbela menerusi program UMNO Bantu Rakyat yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM).

Gambar Contoh ketika penyerahan sumbangan menerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM)

Pada 28 Mei yang lalu semasa Program tersebut dijalankan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron berkata, kebajikan rakyat merupakan salah satu aspek yang paling penting dan menjadi keutamaan kepada parti tersebut.

Katanya, ini jelas membuktikan bahawa UMNO dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak terus komited meletakkan rakyat sebagai tumpuan utama. Bukan itu sahaja, walaupun Ramadhan telah tiba namun semangat krew yang menyertai program ini tidak sedikit pun terjejas dan ini membuktikan keikhlasan UMNO berbakti kepada rakyat tanpa mengira masa dan tempat.

Kami akan terus berusaha untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga dan akan membantu pada bila-bila masa, bukan sahaja apabila menghampiri pilihanraya," katanya ketika merasmikan Program tersebut.

Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd. Ali Rustam dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Sementara itu, Pengerusi BiKUM, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, sebanyak RM439, 000 bantuan akan diserahkan kepada mereka yang layak di seluruh daerah di Melaka.

Kita meneruskan aspirasi dan visi UMNO iaitu untuk membantu mereka yang memerlukan dan sudah tentu, parti ini adalah satu-satunya yang sentiasa cakna dan mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Semangat dan tekad yang tinggi ditunjukkan oleh peserta dan krew untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira ideologi politik dan tempat meskipun di bulan Ramadhan. -UTUSAN ONLINE

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016