PM Serah Jalur Gemilang kepada Pendaki Wanita Gunung Elbrus


KUALA LUMPUR : Penyerahan Jalur Gemilang kepada enam peserta Kembara Srikandi Prihatin yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin berkata ekspedisi kerjasama dua pihak ini adalah acara kemuncak bagi Kempen Kembara Srikandi Prihatin yang diadakan bagi mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti luar dan lasak dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dimaklumkan juga bahawa enam peserta wanita iaitu Nurul Huda Shamsuddin 31, Nir Azmin Adnan 34, Fairul Asmaini Mohd Pilus 35, Ummu Farah Haidar Zulkifli 30, Fazilah Abd Manan 41, dan Ran'ee Aziz Ahmad 56 yang juga bekas pesakit kanser payudara ini akan mendaki gunung tertinggi di Eropah berketinggian 5, 642 meter hujung bulan nanti.

"Kempen itu dilaksanakan di bawah projek #Negaraku turut menekankan peranan wanita dalam sesebuah negara, selain menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia bahawa cabaran seperti penyakit (kanser) atau krisis hidup tidak menghalang seseorang untuk menyumbang sesuatu kepada bangsa dan negara," kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada sidang akhbar selepas majlis itu di PWTC semalam.

Malah para peserta ini akan memulakan pendakian dari Perkampungan Terskol, Rusia dengan tempoh perjalanan selama tujuh hari enam malam untuk perjalanan pergi dan balik bermula pada 23 Ogos hingga 5 September nanti.

Mas Ermieyati juga berkata kumpulan ekspedisi ini turut berhasrat mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Elbrus bersempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. 

Pada masa yang sama, ia dijadikan sebagai platform meningkatkan kesedaran anak tempatan sambil mengumpul dana bagi membantu Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Persatuan Kebajikan Barah Payudara serta Rumah Pemulihan dan Perlindungan Darul Wardah.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016