Timbalan Perdana Menteri Ingin Jatuhkan Perdana Menteri?


PEKAN: Dakwaan kononnya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang berusaha menjatuhkan pemimpin nombor satu negara Datuk Seri Najib Tun Razak dalam diam disifatkan sebagai fitnah yang sengaja dilakukan untuk memburukkan pemimpin itu.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin berkata Ahmad Zahid merupakan seorang pemimpin berjiwa besar yang begitu komited menggalas tanggungjawab membantu Najib sebagai presiden UMNO.

"Saya sendiri melihat bagaimana beliau bersama-sama membantu parti... memperbetulkan (keadaan dalaman parti) setelah apa yang berlaku sebelum ini dan daripada situ kita boleh nilai bagaimana beliau bersungguh-sungguh membantu presiden, bukan menghancurkan parti seperti sesetengah pemimpin.

"UMNO tidak akan berada dalam kedudukan sebaik seperti hari ini jika tidak ada sikap kesetiaan yangg ditunjukkan TPM (Ahmad Zahid Hamidi)," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Puteri UMNO Pekan Malia Irdawatie Khairuddin.

YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin berkata demikian kerana diminta mengulas laporan tentang dakwaan yang mengatakan Ahmad Zahid terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Najib secara diam.

Katanya lagi, kesetiaan ditonjolkan Ahmad Zahid dalam melaksanakan semua tugas yang diamanahkan amat jelas dan nilai yang ada pada pemimpin itu wajar dicontohi oleh semua anggota Puteri dan sehubungan itu kesetiaan timbalan perdana menteri tidak harus dipersoalkan.

-BERNAMA

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016