Kemasukan TSMT Harus Dipandang Positif - Haryaty Hamdzah



Kemasukan TSMT harus dipandang positif dari sudut merampas Selangor kepada BN dalam PRU14 nanti.  Setiap orang diperlukan untuk memperkuatkan parti. Waimah yang muda mahupun yang berusia. 

Pengumuman kemasukan TSMT ini tidak dijangka. Rakyat menanti pengumuman berkenaan PRU14 sejak semalam. Bila bubar? Bila pilihanraya? Tetapi itu tidak berlaku. Ramai hampa. 

Apa sahaja yang membawa kebaikan kepada parti, harus disokong. Sesungguhnya YAB Presiden Parti merupakan pemimpin yang berjiwa besar, kesanggupan memaafkan dan menerima mereka yang telah mengkhianati perjuangan bukanlah sesuatu yang mudah. 

Walaubagaimanapun saya merasakan kemasukan semula TSMT, 72tahun kedalam parti mungkin boleh menarik pengaruh rakan sebayanya atau mereka yang pernah melompat sebelum ini. Dia merupakan ahli politik besar yang pernah menerajui Selangor. Dia tahu struktur kepimpinan dan mempunyai kenalan yang ramai. 

Tugas ahli sayap parti, masih banyak kerja untuk terus mendekati orang muda. Jumlah 40% orang muda yang akan mengundi dalam PRU14 nanti merupakan tanggungjawab besar kami. 

Selangor negeri penting untuk kita rampas semula. Saya percaya ada lagi agenda besar DS Najib dalam misi menawan Selangor ini. . . 

Anak Melaka,
Haryaty Hamdzah
Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016