Mas Ermieyati: Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Untuk Bangunkan Sektor Ekopelancongan Negara

Mas Ermieyati berucap dalam majlis perasmian penutup Bengkel: Bagaimana Untuk Menaiktaraf dan Hala Tuju Industri Ekopelancongan di Pahang yang berlangsung di Tanah Aina, Raub pada 25 Julai 2016

Raub, 25 Julai 2016 - Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggesa rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu mempromosikan produk pelancongan negara terutamanya melalui media sosial seperti 'Facebook' supaya dapat dapat menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke Malaysia.

Pihak kerajaan sentiasa berusaha mengawal keselamatan negara lebih-lebih lagi mengekang kegiatan kumpulan pengganas supaya aktiviti tersebut tidak mengganggu gugat sektor pelancongan di negara ini.

Mas Ermieyati juga berkata satu inisiatif Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2016-2025 telah di ambil yang bertujuan untuk membangunkan sektor ekopelancongan negara ke tahap yang lebih baik. 



Tanah Aina Farrah Suraya, Jalan Tras, Raub

Ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Bengkel: Bagaimana Untuk Menaiktaraf & Hala Tuju Industri Ekopelancongan di Pahang, beliau juga berkata usaha daripada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini adalah penting dalam memastikan kelangsungan sektor ekopelancongan negara. 


5 Fokus Utama Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2016-2025


Pengarah Urusan Tanah Aina Resort,  Yang berbahagia Kol. Bersekutu (PA) Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil berkata  bengkel ini amat berguna kepada para peserta dalam menentukan hala tuju sektor ekopelancongan di Pahang, khususnya.




Antara peserta yang berjaya menamatkan bengkel tidak melepaskan peluang bergambar dengan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan Pengarah Urusan Tanah Aina Resort

Beliau yang juga  Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) juga berkata , idea ini tercetus apabila sektor ekopelancongan di Pahang mengalami penurunan apabila menyaksikan bencana alam berlaku di sekitar Pahang. Beliau menambah bahawa ada pengusaha ekopelancongan yang hilang punca pendapatan apabila perusahaan mereka terjejas akibat daripada bencana alam yang berlaku seperti kemusnahan hutan tanpa kawalan, air sungai menjadi keruh dan cetek, habitat haiwan musnah dan sebagainya.


Memorandum yang diserahkan kepada YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin oleh Pengarah Urusan Tanah Aina Resort. Turut bersama Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Dato Hj Idros Yahya

Memorandum bersama telah dikeluarkan dan diserahkan kepada YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Memorandum itu juga diserahkan kepada Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Tourism Pahang, dan Malaysia Tourism Council (MTC).


YB Datuk Mas Ermieyati sempat meluangkan masa melawat kawasan sekitar di Tanah Aina Farrah Suraya, Raub
Oleh : Bella -  Rakan Puteri,



Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016