Tahniah Yb Datuk Mas Ermieyati Hj Samsudin
29 Julai , Putrajaya
Mas Ermieyati Hj Samsudin nama yang tidak asing lagi bagi Wanita Muda pada masa kini.Anak jati Negeri Hang Tuah ini mula berkecimpung didalam dunia politik seawal usia 26 tahun pada tahun 2002. Kerjaya politik beliau bermula dengan memegang amanah sebagai Ketua Puteri Umno Cawangan Paya Lebar merangkap Ketua Pergerakan Umno Bahagian Alor Gajah pada masa itu.
Pada pandangan saya, Yb Datuk Emi@Kak Emi, adalah seorang Ketua yang mudah dibawa berbincang , boleh bertukar pendapat antara satu samalain dan juga mampu menjadi ikon untuk generasi baru yang ingin memilih kerjaya sebagai ahli politik .
Pada 29 Julai 2015, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penuh kepercayaan telah memberi mandat kepada Yb Datuk Mas Ermieyati Hj Samsudin untuk memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pelanongan dan Kebudayaan Malaysia. Kepercayaan ini adalah satu penghargaan buat kami golongan wanita muda di Malaysia.
Pada hari ini,Setahun sudah berlalu Yb Datuk Mas Ermieyati mengalas tanggunjawab dan amanah sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Sempena ulangtahun pertama beliau , saya mendoakan Yb Datuk Emi untuk terus mengekalkan kecemerlangan kepimpinanya dan terus menyokong kepimpinan Negara untuk memperkenalkan keindahan dan kebudayaan Malaysia ke serantau dunia .
Dan saya yakin tiada perjalanan yang mudah untuk seorang pejuang dan Yb Datuk Emi telah membuktikan bahawa beliau seorang pejuang sehingga dapat ketahap ini dan berjaya dalam kerjaya. Masa hadapan penuh berliku,jangan gentar jangan gundah,kami akan terus bersamamu untuk mempastikan nama Malaysia terus megah.