31 Ogos Itu Hari Apa?

2016. Kita berada di tahap zaman moden dan masih melangkah ke hadapan untuk mencapai tahap zaman 'ultra-modern'. Jika ditanya kepada anak anak kecil lahiran tahun 20+-an, remaja remaja, mahupun mungkin juga orang dewasa satu sahaja soalan mudah. 31 Ogos itu hari apa?


Ingatkah dikau wahai Sang Dewasa, 
Pada zaman engkau masih hingusan,
Setia memegang botol susu lalu dibawa ke tadika.
Saat itu, kau teruja melihat jalur gemilang.
Saat itu, kau teruja mendengar lagu Tanggal 31,
Saat itu, kau teruja mendendangkannya.

Tahun demi tahun, usia engkau menganjak.
Pertama kali engkau memakai baju putih berseluar biru,
Engkau melompat lompat keriangan,
Mempamerkan putihnya kasut baru engkau.
Saat itu, kau teruja melukis bendera Malaysia,
Putih Merah Jalurnya,
Cantik kuningnya bulan dan bintang,
Saat itu, berapa kali engkau mengira bucu bintang?
Pasti engkau lupa bukan. Berkali kali katanya.

Lalu, engkau meningkat remaja,
Seluar 'navy blue' bertukar ke 'ocean blue',
Kau mula berjinak jinak dengan perbarisan,
Menjadi kapten melaungkan laungan keramat itu.
Kau mula berjinak jinak dengan pementasan,
Melakonkan watak Bapa Kemerdekaan.
Menyampaikan puisi merdeka dengan gahnya.

Tapi kini kau bergelar dewasa.
Kau lupa apa itu patriotik.
Kau lupa kenangan zaman 'kecil' kau.
Kau lupa lagu lagu semangat itu,
Kau lupa kemerdekaan itu bagaimana rasanya,
Jadi, apakah yang kau ingat tentangnya?



Jom, Rakan Puteri kongsi sedikit sebanyak jawapan kepada beberapa persoalan yang nampak remeh tetapi penting.

1. Berapa tarikh kita merdeka?
= 31 Ogos 1957. 

2. Berapa lama negara kita dijajah?
= Dari tahun 1411 sampai 1957. Dalam 546 Tahun.

3. Siapakah Bapa Kemerdekaan?
= Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhnum Sultan Abdul Hamid Shah

4. Apakah maksud Kemerdekaan?
= Merdeka ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.

5. Apakah tema Kemerdekaan tahun 2016?
= Sehati Sejiwa

6. Berapa orang Perdana Menteri sejak dari pertama kali merdeka?
= 6 orang (YAB Datuk Seri Najib Razak - sekarang)

7. Asal usul perkataan Merdeka
= Istilah 'merdeka' ditakrifkan daripada Bahasa Sanskrit Maharddhika yang membawa makna 'kekayaan, keagungan dan kekuasaan'. Dalam Bahasa Malaysia ianya melambangkan kedaulatan sesebuah negara.

8. Di manakah laungan pertama kemerdekaan.
= Stadium Merdeka, Kuala Lumpur




Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

Ulangtahun Ke-15 Tahun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia