Pengenalan 'SWiNAS' Kepada Mata Umum
KUALA LUMPUR: Sekretariat Mahasiswi Nasional (SWINAS) yang ditubuhkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di bawah Biro Antarabangsa dan Pengajian Tinggi yang dipegang oleh Cik Hazreena Hashim, EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merupakan inisiatif bagi menambah nilai kepada proses peremajaan parti supaya bergerak seiring dengan perkembangan semasa parti.
Ketuanya YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin berkata semasa perasmian SWiNAS pada 2014 di PWTC yang dirasmikan oleh YAB Dato Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia, "SWINAS ditubuhkan bertujuan mendampingi golongan mahasiswi di seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan seluruh negara. SWINAS bukan hanya terbuka kepada mahasiswi, malah kepada alumni universiti yang pernah menjadi mahasiswi untuk bersama-sama membantu memperjuangkan hak dan masalah dalam universiti,”.
Beliau juga berkata, inisiatif penubuhan SWINAS juga membuktikan pergerakan itu tidak pernah melupakan peranannya mendalami seterusnya membantu menyelesaikan masalah mahasiswi di IPT.
“Isu membabitkan mahasiswi menjadi tumpuan utama SWINAS dan selepas ini kita akan bergerak secara menyeluruh dengan pergi ke seluruh universiti untuk mencari pemimpin dan pelajar yang boleh diserapkan dalam jawatankuasa SWINAS. 80 peratus agenda SWINAS memfokuskan kepada isu berkaitan mahasiswi ,” katanya.
Beliau berkata, SWINAS juga memberi tumpuan kepada masalah pengangguran dan akan membantu graduan mendepani rintangan selepas belajar seperti cabaran mendapatkan pekerjaan.
Pelajar jurusan perakaunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Suhaili Mahmud, 22, berkata, penubuhan SWINAS memberi satu penanda aras kepada mahasiswi untuk memahami peranan mereka kepada masyarakat.
Rakannya, Farah Nurfilza Sabtu, 22, juga berkata, penubuhan SWINAS itu sekurang-kurang dapat melahirkan semangat kesukarelawan dalam diri mahasiswi di negara ini.
Rakannya, Farah Nurfilza Sabtu, 22, juga berkata, penubuhan SWINAS itu sekurang-kurang dapat melahirkan semangat kesukarelawan dalam diri mahasiswi di negara ini.
(Perasmian SWiNAS oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 November 2014)
SWINAS mempunyai rangkaian di pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti UKM, UPM, UiTM, UPSI, UTHM, UM termasuk juga UniKL dan KUPTM yang banyak memberi kesedaran kepada mahasiswi bagaimana untuk mempunyai pemikiran dan menzahirkan diri sebagai pemimpin.
Dan baru baru ini, pada 29 Mei 2016 bersamaan pada hari sabtu, SWiNAS telah mengadakan satu program yang dinamakan SWiNAS Summit 2016 yang diketuai oleh Saudari Farhanna Fuad mahasiswi UiTM Shah Alam. Seramai 200 mahasiswi seluruh Malaysia menghadiri program tersebut yang sekaligus dirasmikan oleh YB Dato Suraya Yaacob dan dihadiri oleh YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin. Pada program tersebut, diumumkan Saudari Noraini Hj. Jahudal, mahasiswi sarjana UKM merangkap Pengerusi Srikandi Kebangsaan UKM terpilih menjadi ikon SWiNAS bagi tahun 2016.
Jadi, jelaslah bahawa SWiNAS amat memberi mereka peluang untuk meneroka apa sahaja pengalaman yang mampu membantu mereka di alam yang seterusnya. Terima kasih kepada Pergerakan Puteri UMNO Malaysia kerana memberi penglibatan secara menyeluruh kepada anak anak muda di luar sana.