Skip to main content

Kumpulan pertama Jemaah Haji selamat tiba di KLIA






SEPANG  – Kumpulan pertama 442 jemaah haji Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada pukul 11.21 pagi menerusi penerbangan Saudi Airlines SV5644.
Mereka berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ke tanah air pada pukul 9 malam waktu tempatan (3 pagi Ahad waktu Malaysia).
Ketibaan Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1437H/2016 itu disambut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Badlisyah Abdul Ghani dan pihak pengurusan.
Seramai 22,320 jemaah haji Malaysia menunaikan haji pada musim haji kali ini. 




- UTUSAN ONLINE

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016