Skip to main content

MCA, Gerakan jangan gusar persempadanan pilihan raya - Ahmad Zahid Hamidi


 
NEW YORK, 20 Sept - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada mesyuarat peringkat tinggi mengenai isu menangani pemindahan besar-besaran pelarian dan migran di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersempena Perhimpunan Agung PBB (UNGA), Isnin. 


NEW YORK 21 Sept. - MCA dan Gerakan tidak perlu gusar dengan syor persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikatakan akan menjejaskan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi mereka kerana perasaan itu turut dikongsi oleh UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).
Malah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak fikir parti-parti pembangkang akan bersetuju dengan syor persempadanan yang sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu yang tentu sekali akan diteliti rapi kerana melibatkan kawasan yang akan dikecil dan ditingkatkan jumlah pengundinya.
“(Bagi BN), saya fikir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (selaku Pengerusi BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada hujung minggu ini untuk membincangkannya.
“Saya juga percaya satu tempoh yang secukupnya akan ditetapkan oleh SPR untuk menentukan ketidaksetujuan syor itu diterjemahkan dalam bentuk bantahan,” kata beliau kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri jamuan makan malam yang dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di sini hari ini. 






-Utusan Online. - 

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016