PERMATA Itu Pertubuhan Haram Kata Penyokong Pembangkang
Riuh rendah kedai kopi malam tadi gara-gara isu penganugerahan The Lead By Example membabitkan program PERMATA yang dinaungi oleh isteri perdana menteri.
Masing-masing berbekal telefon pintar di tangan, berhujah sakan sambil menjeling info-info berkenaan di layar telefon.
Lucunya, mereka bermati-matian mempertahankan hujah bahawa PERMATA adalah sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar dengan Registrar Of Society (ROS). Sambil menghirup minuman tenaga Extra Joss, penulis menahan ketawa yang teramat. Mungkin mereka membandingkan PERMATA dengan BERSIH barangkali.
Tidak cukup dengan itu, salah seorang yang dilihat dominan di kalangan mereka kemudiannya menuduh bahawa Perdana Menteri Najib Razak menggunakan kuasanya untuk mewujudkan PERMATA semata-mata untuk mengalirkan wang kepada isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Tambahnya lagi, anugerah tersebut memang idaman DS Rosmah yang mahu menonjolkan dirinya.
Sengaja penulis melengahkan campurtangan, kerana mahu mendengar hujah “pakar” , sambil menikmati hidangan ayam penyet. Makan dulu, tidak perlu melulu.
Selesai makan, maka sesi pembasuhan minda pun bermula. Masing-masing tersipu-sipu bila penulis, menerusi telefon pintar SNSV menunjukkan laman web PERMATA yang jelas memaparkan “Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri”.
Apa ke jadahnya satu agensi kerajaan perlu berdaftar di bawah ROS?
Sambil melayari laman web PERMATA, penulis melontarkan soalan adakah pada tahun 2007 Najib Razak sudah bergelar Perdana Menteri? Bagaimana pula boleh menuduh Najib Razak menggunakan kuasanya selaku Perdana Menteri untuk menubuhkan PERMATA? Mengangguk sebahagian daripada mereka, tanda faham.
Di bawah agensi kerajaan, soal pentadbiran, kewangan dan operasi PERMATA adalah tanggungjawab kakitangan kerajaan (Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri) dan tertakluk kepada prosedur kewangan kerajaan. Bagaimana pula boleh menuduh bajet masuk ke poket isteri Perdana Menteri? Lagi pun, DS Rosmah hanyalah sebagai penaung, dan sudah tentu tiada kuasa dalam mentadbir seperti CEO syarikat.
Hakikatnya, penganugerahan yang diberi adalah berdasarkan keberkesanan dan keberjayaan program tersebut yang dinaungi dengan komitmen dan usaha oleh isteri perdana menteri yang selaras dengan cita-cita UNESCO. Pihak UNESCO sendiri yang mengutus surat melahirkan rasa bangga dan mahu mengiktiraf DS Rosmah Mansor selaku penaung program PERMATA.
Der, apa yang korang merepek kata DS Rosmah yang tergila-gilakan anugerah tu?
Hairan, dengan telefon pintar di tangan masih tidak mampu mencari maklumat sahih. Apa dia kiblat yang menjadi rujukan mereka?
Telefon sahaja pintar, penggunanya tidak.
www.mykmu.net