Skip to main content

Berdakwah di Media Sosial, Bukan Memfitnah


HARI ini, kita dapat lihat pembangunan di mana-mana, di sekeliling kita. Semakin hari ada sahaja peralatan yang baru direka dan teknologi terus berkembang pesat. Tidak terlepas juga kini kita boleh berkomunikasi dengan lebih mudah dan cepat walaupun melangkaui batas jarak dan masa. 
Kewujudan Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain aplikasi baharu merancakkan lagi pentas lakonan dan pelakon dunia. Pengguna bukan sahaja boleh 'update' saat-saat manis kehidupan malah juga tidak kurang hebatnya menjadi medium untuk menyebar maklumat. 
Walaubagaimanapun, tidak ramai pengguna sedar bahawa aplikasi ini boleh digunakan untuk berdakwah. Untuk mendapatkan pahala secara percuma. Jangan ingat bermain Facebook, wechat, twitter dan apa sahaja yang anda panggil anda tidak boleh mendapatkan pahala. 
Media sosial mampu memberi manfaat besar kepada pendakwah untuk menyebarkan dakwah Islamiah walaupun hanya dengan sepotong ayat yang dimuatnaik ke laman sosial.
Dalam menyebarkan maklumat, kita juga perlu menjaga adab menyampaikan sesuatu maklumat khususnya memastikan maklumat benar, fakta tepat, menjaga akhlak dalam penulisan, menasihati secara berhemah dan menjaga perasaan orang Islam dan juga bukan Islam.
Ingat!!! Media sosial boleh digunakan oleh musuh Islam untuk menghina atau memburukkan agama kita tetapi sebagai umat Islam, kita juga perlu gunakan media sosial sebaiknya untuk menepis fitnah dan ideologi songsang ini. 
Bukan menambah lagi fitnah apatah lagi menyokong ideologi songsang ini. Allahu Akbar!!!
Jadi, gunakan media sosial sebaik mungkin. Jangan menghina atau memfitnah kalau tidak suka. Pergilah kepada saluran yang betul.
Wallahualam...
Raysha, 10.29 pagi
26.10.2016

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016