Kebanyakan hospital dalam proses menaiktaraf sistem perlindungan kebakaran - JBPM

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendedahkan 44 daripada 71 kerajaan masih belum memperoleh sijil kebakaran (FC).

Kebanyakan hospital dalam proses menaiktaraf sistem perlindungan kebakaran - JBPM
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Soiman Jahid berkata semua hospital berkenaan ini dalam proses menaiktaraf sistem perlindungan kebakaran di premis mereka.

"Data yang ditunjukkan sebelum ini bukan bermaksud mereka tidak memiliki Sijil Kebakaran (FC), tetapi kesemuanya masih dalam proses mendapatkan pensijilan bomba sebab hospital-hospital ini adalah hospital lama yang telah dibina sejak zaman sebelum merdeka.

"Sebenarnya hospital ini telah memohon pensijilan bomba tetapi hanya akan diluluskan selepas semua kerja naiktaraf yang membabitkan kelengkapan sistem perlindungan kebakaran," katanya secara eksklusif di Awani745 pada Rabu.

Jelasnya lagi, semua hospital baru (yang berusia antara lima hingga 10 tahun) telah pun mempunyai sistem perlindungan kebakaran..

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016