Tragedi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA)

JOHOR BAHRU: Sejumlah 51 pesakit termasuk tiga kakitangan yang cedera susulan kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) hari ini ditempatkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Ayub Rahmat berkata keadaan mereka dilaporkan baik dan stabil.

Beliau berkata 'keadaan bersiap sedia' telah diisytiharkan di peringkat hospital HSI khusus untuk membantu serta menempatkan pesakit HSA.

"Sebahagian pesakit yang ada di HSA dibawa ke HSI dan bilik gerakan juga telah dibuka bagi memantau mereka (pesakit)," katanya kepada Bernama selepas lawatan ke HSI malam ini.

Beliau turut menggesa hospital swasta berdekatan untuk membantu pesakit di HSA memandangkan jumlah pesakit di hospital itu ramai.

"Kita minta bukan sahaja hospital kerajaan tetapi swasta juga perlu melakukan CSR (tanggungjawab sosial korporat) kerana kita ramai pesakit di HSA yang memerlukan perkhidmatan segera," katanya.

Ayub turut memuji sikap warga HSA dan HSI yang berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"Warga hospital telah bekerja keras untuk pastikan bahawa mereka dapat memberikan yang terbaik kepada masyarakat. Mereka berjuang untuk pastikan nyawa pesakit dapat diselamatkan," katanya.

Malah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPAM) Johor telah mengambil beberapa sampel daripada wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar hari ini untuk dianalisis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasinya, Mohd Rizal Buang berkata sampel itu akan dihantar ke makmal forensik secepat mungkin bagi mengetahui punca sebenar kebakaran yang meragut enam nyawa itu.

Analisis sampel dan laporan siasatan paling cepat dapat dilakukan dalam tempoh dua minggu.

Beliau juga memberitahu seorang saksi mendakwa melihat api bermula dari bahagian bilik rawatan di wad ICU berkenaan sebelum ia merebak.

Beliau juga memberitahu seorang saksi mendakwa melihat api bermula dari bahagian bilik rawatan di wad ICU berkenaan sebelum ia merebak.

"Kita mendapati hampir 80 peratus daripada kawasan wad itu musnah," katanya sambil menambah 10 petugas hospital termasuk seorang pelatih bertugas pada masa kejadian.

Sebilangan daripada mereka sedang sibuk memindahkan pesakit apabila melihat asap tebal dan memaksa bomba memecahkan tingkap untuk memastikan aliran udara, katanya.

Mohd Rizal berkata 166 anggota bomba bersama 10 jentera dari lima balai dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.56 pagi.

Operasi tamat sepenuhnya pada 1.30 tengah hari, katanya.

Berikut adalah garis masa, peta lokasi, senarai nama dan kedudukan mangsa ketika kejadian. -BERNAMA



Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016