Salam Takziah dari Puteri UMNO Negeri Johor






 
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor Pn Hjh Rohaizah Ahmad 
bersama Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat dan isteri Menteri Besar Johor



Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor melahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) , Johor Bahru, pagi tadi. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi dugaan ini. Kami juga telah mengambil insiatif dan sepakat untuk turut sama menghulurkan bantuan bagi peringkat awal seperti membekalkan makanan dan minuman ringan. Seterusnya, bantuan susulan juga akan diusahakan dan disalurkan mengikut keperluan. Selain itu, kami turut amat mengalu-alukan sumbangan daripada seluruh ahli Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor. Bagi tujuan ini, boleh hubungi Pn Fadzilah Ketua Puteri Gelang Patah di talian 0167038874. Moga setiap doa dimakbulkan oleh-Nya dan moga setiap sumbangan bantuan khidmat diterima sebagai ibadah oleh-Nya. Pn. Hajah Rohaizah Binti Ahmad Ketua Pergerakan Puteri UMNO Johor #PUTERIPRIHATIN #BERSATUBERSETIABERKHIDMAT



Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016