148 graduan dari Institut Kraf Negara 2016 di Majlis Konvokesyen ke-15

 
Ucapan perasmian oleh Yb Datuk Mas Ermieyati Hj Samsudin 


RAWANG 10.Nov ; Seramai 148 graduan dari Institut Kraf Negara 2016 di Majlis Konvokesyen  ke-15 pada hari in berjaya menamatkan pengajan masing-masing. Graduan dari 6 Jurusan Seni Kraf iaitu batik, tenunan, kayu, logam, seramik, dan rotan serta buluh menerima Sijil dan Diploma .


Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Yb Datuk Mas Ermieyati Hj Samsudin. Didalam ucapannya, IKN adalah institusi pengajian yang menterjermahkan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan dalam usaha melahirkan usahawan mempunyai minda kelas pertama yang dilengkapi dengan kemahiran khususnya dalam bidang kraf, selari dengan hasrat kerajaan dalam membentuk negara maju menjelang 2020.Koloberasi semua pihak akan meletakkan IKN sebagai sebuah institusi yang mendukung kelestarian industri kraf negara.


 
Anugerah Pelajar Terbaik 



 
Para graduan IKN

Tambahnya lagi, Graduan IKN boleh menjadi usahawan yang berjaya jika bersunguh dalam kemahiran yang dipelajari.Industri ini amat berpotensi serta mampu memberi peluang yang lumayan dalam menghasilakan produk kraf yang berkualiti kepada kumpulan sasar seperti pelancong domestik atau luar Negara. Sektor pelancongan dan kebudayaan amat berkait rapat antara satu sama lain dan industri pelancongan kekal antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara ini .

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha(Kebudayaan) Datuk Hj Ab Ghaffar b. A.Tambi, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, Pengerusi Kraftangan Malaysia,dan  Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Puan Hajah Zuraida Mokhtar.



Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016