Dr Mahathir hadir ke Parlimen?

KUALA LUMPUR, 08 NOV - Apa kata anda? Hari ini kita digegarkan dengan isu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Parlimen dan berkumpul bersama ahli-ahli Parlimen Pembangkang di sini hari ini.

Tun M bertemu MP pembangkang bincang isu kebebasan bersuara
Dikhabarkan bahawa kehadiran bekas perdana menteri ini bagi membincangkan dakwaan wujudnya usaha menyekat kebebasan bersuara khususnya daripada pihak pembangkang di Dewan Rakyat.

Dilaporkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Penasihat DAP, Lim Kit Sian; Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghadiri mesyuarat tersebut.

Malah, Isnin lepas, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya berkaitan 1MDB di Parlimen.

Selain Shafie, turut dipanggil ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Husni Hanadzlah yang juga dipercayai mempunyai kaitan dengan ucapan mereka semasa membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.


APA KATA ANDA?

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016