Undang-Undang Kanak-Kanak Penting Untuk Hentikan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak - Rohani

KUALA LUMPUR, 09 NOV: Undang-undang perlu digubal dan dikuatkuasakan untuk menghentikan keganasan bersifat 'legalised' terhadap kanak-kanak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Image result for datuk rohani abdul karim
Beliau berkata ia merupakan langkah utama untuk mengubah norma sosial melibatkan keganasan.

"Kita perlu meningkatkan input untuk membentuk dan melaksanakan agenda nasional bersifat komprehensif bagi tindakan kebangsaan bersepadu untuk mencegah dan menghapuskan keganasan," katanya dalam ucapan penutup pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Asia Pasifik ketiga mengenai Hak Kanak-Kanak bertemakan 'A Billion Brains: Smarter Children, Healthier Economies', di sini pada Selasa.

Beliau menegaskan bahawa hak kanak-kanak adalah penting bagi semua masyarakat, justeru tiga topik utama yang menarik perhatian telah dibincangkan dan diberi tumpuan semasa mesyuarat dua hari yang dihadiri oleh delegasi dari 26 negara Asia Pasifik.

Ketiga-tiga topik itu ialah Perlindungan Sosial untuk Kanak-kanak, Wanita dan Keluarga; Perlindungan Kesihatan Sejagat (UHC) dan Mencegah Keganasan Terhadap Kanak-Kanak.

"Kita menarik perhatian bahawa ketiga-tiga tema utama ini mewakili isu-isu yang semakin mendapat perhatian di rantau ini, dan bidang-bidang yang memungkinkan kerjasama lebih rapat dalam rangka kerja Selatan-Selatan yang berpotensi memberi manfaat besar kepada negara-negara itu," kata beliau.

Rohani berkata beberapa cadangan utama yang ingin dikemukakan oleh setiap negara ialah melalui inisiatif untuk menggalakkan Perlindungan Sosial bagi Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak, UHC dan Mencegah Keganasan terhadap kanak-kanak sebagai 'Keseluruhan Kerajaan'.

"Pendekatan ini dikaitkan dengan membangunkan negara dan mengukuhkan pembangunan warganegara dengan mengintegrasikan mereka ke dalam wacana politik yang lebih besar," katanya.

Sejumlah 300 peserta dari 26 negara termasuk wakil-wakil Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) mengahadiri mesyuarat tersebut. -BERNAMA

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016