Pelancaran Buku "Persepsi dan Harapan Wanita Muda Malaysia" oleh Perdana Menteri Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 NOV 2016 : Presiden UMNO Malaysia, YAB Dato Sri Najib Razak merangkap Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan majlis perasmian pelancaran buku "Persepsi dan Harapan Wanita Muda Malaysia" di Laman Puteri Anjung Merdeka Aras 4 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari ini.


YAB Perdana Menteri menandatangani poster dan buku tersebut sebagai tanda perasmian dan sokongan beliau terhadap langkah-langkah yang dijalankan oleh pihak Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Buku tersebut merupakan satu cetusan idea daripada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin yang telah membawa objektif utama untuk membincangkan secara komprehensif melalui penyelidikan ilmiah mengenai persepsi dan harapan wanita muda Malaysia.

Menurut beliau, penghasilan Buku "Persepsi dan Harapan Wanita Muda Malaysia ini merupakan sejarah buat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia selepas 15 tahun penubuhan pergerakan ini.

Buku setebal 269 muka surat itu mengandungi enam bab yang membincangkan persepsi dan harapan wanita muda sebagai nadi kemajuan negara.

Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016