Pink Reunion 2016 Dihadiri Lebih dari 300 Mantan Puteri UMNO Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 NOV - Seramai lebih dari 300 orang mantan-mantan Puteri UMNO Malaysia sejak zaman penaja yang datang dari seluruh Malaysia menghadirkan diri ke Majlis Pink Reunion anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Dewan Tun Razak 4 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.


Pink Reunion 2016 ini diserikan dengan kehadiran keempat-empat Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sepanjang 15 tahun Puteri UMNO Malaysia ditubuhkan. Jelas sekali YB Dato' Mas Emieyati Samsudin yang merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sejak tahun 2013 sehingga kini nampak gembira dengan kehadiran YB Dato' Sri Azalina Othman Said; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada tahun 2001 - 2004, YB Dato' Dr. Noraini Ahmad; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada tahun 2004 - 2009; dan YB Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada tahun 2009 - 2013.

Malah majlis ini turut disempurnakan lagi dengan ucapan daripada tetamu kehormat iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Timbalan Presiden UMNO, Dato' Sri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berharap agar majlis ini dijadikan sebagai majlis tahunan kepada mantan-mantan Puteri UMNO Malaysia untuk mengutuhkan lagi jalinan yang sudah terjalin sekian lama ini.

Keriuhan majlis ini bermula sejak sesi pendafaran lagi pada tengah hari ini dilangsungkan dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, persembahan 'slide' gambar-gambar terdahulu, sesi makan-makan dan sesi bergambar.



Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016