Puteri UMNO Simpang Renggam semakin HEBAT

6 Ogos lalu, Pergerakan Puteri UMNO Simpang Renggam Johor telah berjaya mengadakan Mesyuarat Perwakilan Puteri yang dihadiri oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin merangkap Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sekaligus merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat Perwakilan tersebut.  

Alunan merdu Selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W) dari perwakilan puteri yang hadir menaikkan lagi seri majlis dan mendoakan majlis penutupan itu sentiasa dilindungi serta dirahmati olehNya. Ketua Puteri UMNO turut mengingatkan tentang gerak kerja puteri yang bukan sahaja fokus pada penambahan ahli mahupun pengundi muda tetapi jentera puteri juga perlu terus mencari pelapis agar sayap ini akan sentiasa bergiat aktif.









Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016