"Kejayaan kalau tidak dikongsi bersama, tidak akan dapat dirasai bersama" Mencari Sumaiyah

ISTANA BUDAYA, 8 OGOS: Teater "Mencari Sumaiyah" yang berkisarkan tentang perjuangan persahabatan di mana terjalinnya ikatan kasih sayang antara empat sahabat. 


Jalan cerita yang mengisahkan sebuah perjalanan Wanita Muda meninggalkan "Kampung Rukun" untuk mengejar impian dan cita-cita mereka untuk mendapatkan dana bagi memajukan perniagaan Kedai Jahit "ZMFS" yang telah diusahakan lebih dari 10 tahun. 

Sifat Zaitun yang tegas dan mempunyai strategi untuk memajukan kehidupan dirinya dan sahabatnya membuatkan beliau tidak pernah mudah patah semangat untuk mengharungi pelbagai halangan dan liku-liku kehidupan.

Maria gadis yang 'lurus-bendul' hanya mengikut apa sahaja kehendak sahabatnya dan yang pasti beliau tidak mahu kehilangan anugerah persahabatan yang sudah dibina sejak sekian lama.

Tiada kehidupan yang tidak diduga, Faridah diuji dengan bebanan hutang keluarganya di kampung, membuat anak muda ini tidak berfikir dengan matang dalam memberi keputusan kerana wang boleh mengaburi impian, kejujuran, dan kejayaan yang cuba dikecapi oleh mereka.

Selain itu, Salmi adik kepada "Kak Yah" yang berwatak lemah lembut, dan sentiasa berfikiran positif banyak membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.


"Sepakat membuat keputusan untuk memperolehi kejayaan dan kejayaan yang diperolehi perlulah dikongsi bersama" 
dan
"Mempunyai sifat saling bermaafan serta melupakan kesalahan yang lalu adalah sifat yang berjiwa besar"
merupakan nilai-nilai murni yang ada didapati di dalam teater ini.




Teater "Mencari Sumaiyah" sekaligus dipentaskan bersempena ulangtahun Pergerakan Puteri UMNO yang ke-15 tahun. Pementasan teater ini dihadiri oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin merangkap Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, juga turut diseri oleh mantan Ketua Puteri Malaysia YB Datuk Noraini Ahmad, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, serta Exco-Exco Puteri, Ahli-Ahli Puteri, Rakan-Rakan Media dan sahabat-sahabat yang turut bersama. 

                                        

Pementasan Teater ini juga akan berlangsung dalam masa seminggu, dari malam tadi sehinggalah 14hb nanti. Sahabat-sahabat semua boleh dapatkan ticket anda sekarang di Tiket Teater Sumaiyah atau call 03-40265558  Dapatkan 20% diskaun utk show 8hb & 9hb Ogos 2016.




Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016