BERSATU nafi tidak menyebabkan perpecahan kata Muhyiddin





PUTRAJAYA: Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang baru sahaja mendaftarkan penubuhannya di Jabatan Pendaftran Pertubuhan (ROS) petang ini adalah sebuah parti yang tidak akan menyebabkan perpecahan rakyat di negara ini demikan kata Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mendakwa terdapat pihak-pihak tertentu yang gusar parti ini akan menyebabkan perpecahan namun Muhyiddin menafikan kerana rakyat Malaysia mempunyai kebijaksanaan di dalam memberikan sokongan kepada mana-mana parti.
"Tidak semestinya dia menyebabkan perpecahan atau perbalahan kerana tujuannya adalah untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang adil, maju dan makmur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Itu kenyataan yang biasa dan kerap dibuat kerana mungkin pihak-pihak tertentu mungkin merasa agak gusar tapi yang penting ini adalah situasi negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat mempunyai kebijaksanaan untuk memberikan sokongan atau tidak memberi sokongan pada mana-mana parti politik yang ada. Menurut Muhyiddin, BERSATU adalah sebuah parti yang baru dan memerlukan sokongan daripada Pakatan Harapan dan juga parti-parti lain berikutan parti ini tidak mampu untuk berjuang bersendirian.
"Kita harapkan begitu kerana bagi saya kemungkinannya kita tidak mampu untuk berjuang bersendirian adalah sebuah pertubuhan parti politik yang baru saya fikir kita perlu menjalin hubungan kerjasama yang agak rapat dengan parti-parti yang lain," katanya lagi.

Namun beliau menyatakan hanya akan berkerjasama dengan parti yang mempunyai prinsip dan matlamat perjuangan yang sama. "Oleh itu, kita sanggup untuk menjalin hubungan kerjasama dengan mana-mana parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang mempunyai prinsip dan mtlamat perjuangan yang sama.

Ujarnya lagi, ada daripada ahli Umno yang menyatakan minat namun tidak bersedia untuk menyatakan secara terbuka.
BERSATU membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia berstatus pribumi Melayu, bumiputra, orang asli, anak negeri Sabah dan Sarawak seperti yang ditakrifkan di bawah perlembagaan Malaysia.

"Saya tidak harapkan sokongan dalam Umno pasal mereka ahli Umno. Saya faham dan kerana kami tahu pada bekas ahli Umno boleh dikatakan ramai dikalangan ahli-ahli parti yang saya kenal itu menunjukkan agaknya perasaan yang agak tidak mengalakkan sebab pimpinan yang ada. "Tapi mereka tidak bersedia untuk menyatakan secara terbuka, jadi bagi saya sekarang ini kita sudah mengadakan satu ruang baru sebagai contoh. Ini bukan sahaja untuk ahli dan bekas Umno tetapi untuk sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat perjuangan yang sama untuk bersama-sama dengan kita," ujarnya lagi.
"Selain itu, keahlian parti ini juga terbuka pada semua warganegara Malaysia yang lain sebagai ahli bersekutu. Satu adalah ahli biasa, kedua ialah ahli bersekutu, mereka ini mempunyai hak yang sama dengan ahli biasa kecuali untuk mengundi ataupun bertanding mana-mana jawatan dalam parti namun mereka ini boleh dilantik untuk menganggotai mana-mana jawatan dalam parti," katanya.

"Keahlian bersatu adalah terbuka pada semua warganegara Malaysia yang berstatus peribamu iaitu Melayu dan Bumiputera termasuk orang Asli dan juga anak negeri Sabah dan Sarawak seperti yang ditakrifkan di dalam perlembagaan Malaysia, negeri dan undang-undang negara.


Oleh: Muhammad Asyraf Azlan

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016