Jangan Jaga Tepi Kain Orang, Kalau Kain Sendiri Pun Terkoyak


Kuala Lumpur, 10 Ogos 2016: Tiada tindakan dikenakan terhadap Puteri UMNO Kota Bharu selepas rakaman tarian gelek pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan pergerakan itu Khamis lalu menjadi viral dalam media sosial, kata Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin.     

Beliau berkata pihaknya telah menjalankan siasatan dan Puteri UMNO Kota Bharu juga memohon maaf berkenaan insiden itu.    

"Saya telah menegur perkara itu (tarian) dan mereka juga memohon maaf serta kesal berkenaan perkara itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran Hari Kebangsaan dan Silang Budaya, di Muzium Negara dekat sini hari ini.    

Mas Ermieyati berharap agar insiden itu tidak akan berulang, sebaliknya memberi fokus kepada usaha untuk meningkatkan keanggotaan Puteri UMNO yang kini hampir mencecah 400,000 orang sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memuji kejayaan Puteri UMNO dalam pementasan teater muzikal 'Mencari Sumaiyah' di Istana Budaya di sini sejak 8 Ogos lepas.

Beliau berkata teater itu menggambarkan perjuangan Puteri UMNO yang telah 15 tahun berada dalam persada politik tanah air.

"Ia mengisahkan tentang empat orang wanita muda bersahabat yang ingin mencari kejayaan tetapu dengan kecekalan dan persahabatan itulah mereka dapat mengatasi pelbagai masalah dan cabaran akhirnya mereka berjaya," katanya.   

Teater muzikal dengan kerjasama Hyper Pictures dan Tall Order Sdn Bhd itu turut dibintangi artis-artis terkenal seperti Erra Fazira dan Afdlin Shauki dan akan dipentaskan sehingga 15 Ogos ini. -Bernama

SUMBER: SINAR HARIAN 

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016