DUM 2016

"Doa Untuk Malaysia 2016" akan diadakan pada 13 Ogos 2016 (Sabtu) di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Program tahun ketiga ini menyasarkan penyertaan dalam 150 000 orang .

Pray for Malaysia
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendoakan kesejahteraan Negara bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. DUM bertujuan untuk sama-sama kita berkumpul memohon kepada ALLAH S.W.T bagi menghindari Malaysia daripada apa-apa musibah mahupun insiden yang mendukacitakan. 

Antara pengisian program DUM adalah solat maghrib, solat isyak dan solat hajat berjemaah "DOA UNTUK MALAYSIA" selawat serta qasidah yang akan diketuai oleh beberapa Sheikh tersohor. 

Seluruh rakyat Malaysia dijemput bersama-sama menyertai program ini.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk facebook Doa Untuk Malaysia.



Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016