Mas Ermieyati Selami Denyutan Kota Raya

22 FEB 2017, KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswi Nasional (SWiNAS) dan ADINDA menganjurkan program 'Denyutan Kota Raya - Misi Bantuan Gelandangan' yang bertemakan 'We Care We Share' di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada malam ini.

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN bermesra dengan gelandangan sekitar program malam ini.

Program yang disertai lebih dari 150 orang sukarelawan ini termasuk para EXCO Puteri UMNO Malaysia juga turut mengajak golongan muda untuk bersama-sama membabitkan diri dalam mengagihkan bungkusan makanan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur sekaligus tidak mengabaikan nasib golongan ini.

Semua sukarelawan yang terdiri daripada golongan muda dari SWiNAS, ADINDA, dan Barisan Belia 4B Kepong berkumpul di hadapan Bank Muamalat, Jalan TAR seawal jam 9.30 malam dan diteruskan dengan pemberian makanan. minuman dan beberapa sumbangan lain kepada gelandangan.

YB Datuk Hjh Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyampaikan hasrat beliau melihat sendiri keadaan di tengah Bandaraya Metropolitan Kuala Lumpur dengan membantu mereka meringankan beban mereka.

"Walaupun misi bantuan ini dilihat sebagai 'low cost' tetapi 'high impact.' Kesannya amatlah besar dan bermakna kepada golongan ini. Di samping misi ini juga dapat mengubah persepsi belia dan masyarakat terhadap golongan gelandangan selain mengeratkan ukhuwah sesama sukarelawan melalui aktiviti kesukarelawanan." kata beliau kepada para sukarelawan sebelum misi bermula.

Usai sahaja pemberian makanan, YB Mas Ermieyati Samsudin mengajak semua sukarelawan untuk mengutip sampah-sarap di kawasan berkenaan di samping juga masih berbual mesra dengan para gelandangan. -RAKAN PUTERI




Chat conversation end

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016